Girona Kejutkan Real Madrid, 2 Hari Selepas Catalonia Mengisytiharkan Kemerdekaan

Real Madrid dikejutkan oleh pendatang baru dan kelab kerdil dari Catalan iaitu Girona. Kekalahan meletakkan Real Madrid 8 mata di belakang Barcelona. Satu angka yang paling dibenci oleh Real Madrid.

Ini kerana, Real Madrid tidak pernah menjuarai La Liga apabila dijarakkan 8 mata daripada Barcelona.

https://twitter.com/MundooDeportivo/status/924685115132989440

Kali terakhir Real Madrid tewas di tangan pasukan yang bermain La Liga dalam musim debut adalah pada 2008 iaitu ketika tewas dengan keputusan 2-0.

Sejak 2008, Real Madrid tidah tewas dalam 58 perlawanan menentang skuad yang baru dipromosi.

Isco meletakkan Real Madrid di hadapan pada minit ke-12. Ia permulaan yang baik di hadapan penyokong Girona. Ramai penyokong Girona teruja menyaksikan nama-nama besar berkunjung ke stadium kecil mereka.

Namun pada separuh masa kedua, bekas pemain Middlesbrough, Stuani menyamakan kedudukan pada minit ke-54.

4 minit berselang, Girona menambah gol menerusi Portu yang melakukan ‘flick header’. Real Madrid juga hampir bolos lebih banyak selepas 2 kali Girona melakukan percubaan terkena tiang menerusi Portu dan Pablo Maffeo.

Girona mara ke La Liga pertama kali musim ini. Kelab ini ditubuhkan pada 1930. Mereka meminjam ramai pemain pada musim ini.

Kelab yang turut menerima pelaburan daripada pemilik Manchester City. Namun pemegang saham terbesar kelab ini adalah Pere Guardiola. Pep Guardiola juga menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam pemilikan kelab.

Itulah sebab kelab ini banyak menerima pemain pinjaman dari Manchester City. City seakan-akan menjadikan kelab ini tempat untuk mereka mendedahkan bakat muda mereka kepada bola sepak kompetitif.

Kemenangan ini sangat bermakna kepada orang Catalan kerana mereka baru mengisytiharkan kemerdekaan mereka beberapa hari lalu sebelum perlawanan ini.

Madrid adalah simbol kepada kerajaan Sepanyol. Jadi, kemenangan ini ada nilai sentimental dan propagandanya yang tesendiri.

Penyokong Girona mengibarkan banyak bendera Catalonia di stadium Montilivi yang berkapasiti hanya 13,500. Mereka berhak menang kerana kesungguhan mereka di dalam perlawanan ini.

Girona melakukan jumlah percubaan gol yang sama dengan Real Madrid dalam perlawanan ini iaitu 15 percubaan. Mereka mencatatkan 4 percubaan tepat dan Real Madrid 5.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN