Bekas pertahanan Pahang Zesh Rehman menyertai pasukan League 1, Gillingham. Zesh Rehman pernah bermain di EPL bersama Fulham sebelum menyertai QPR dan Bradford.
Beliau juga bekas pemain remaja England dan kemudiannya memilih untuk mewakili Pakistan pada peringkat senior. Beliau bermain sebanyak 18 kali untuk Pakistan.
Zesh Rehman kemudian ke Asia dengan menyertai Muangthong, Kitchee dan Pahang. Ketika di Pahang Zesh Rehman menjadi nadi penting skuad Pahang di bawah kendalian Zainal Abidin.
Zesh Rehman yang berusia 33 tahun akan menyertai Gillingham sehingga akhir musim ini.
Salah satu sebab kenapa Gillingham menandatangani Zesh Rehman adalah kerana kemampuan beliau bermain di 2 posisi utama iaitu bek tengah dan pemain tengah pertahanan.
Zesh berkata:
“Saya gembira untuk menyertai pasukan ini. Dan berharap pengalaman saya akan dapat membantu pasukan ini.”
“Saya sudah bermain 6 tahun dan lebih 200 pelawanan di luar England, ianya rasa sangat bagus sekali untuk kembali bermain di England.”
“Saya sudah tidak sabar-sabar untuk beraksi dan membantu pasukan ini mendaki tangga liga.”
Zesh dijangka akan beraksi berhadapan dengan Southend pada Sabtu ini sekiranya semua dokumen beliau selesai dan disahkan oleh EFL.
Pengurus Gillingham, Ady Pennock berasa sangat gembira dengan kehadiran Zesh. Beliau berkata:
“Saya rasa berbersar hati untuk memiliki Zesh di dalam skuad ini untuk baki saingan musim ini. Beliau adalah bek tengah yang berpengalaman.”
“Dia akan membantu kami dengan pengalaman beliau bermain di dalam divisyen ini.”
Gillignham mengakui mereka terpaksa berbelanja walaupun kelab cuba berjimat. Mereka mendapatkan Ollie Muldoon.
Baca juga: Mino Raiola Buat Hal, Minta AC Milan Kontrak Tak Masuk Akal Untuk Donnaruma