Pengurus Wales, Ryan Giggs mempertahankan Daniel James, selepas pemain itu dikecam hebat kerana aksi terjun (diving) dalam perlawanan menentang Wolves tempoh hari.
James dilayangkan kad kuning kerana kesalahan simulasi itu, selepas beliau sengaja melayangkan badannya ketika duel dengan Joao Moutinho. Sekaligus menjadikan James pemain United pertama mendapat kad kuning kerana terjun – selepas Chris Smalling lebih setahun lalu.
Akibat daripada aksi terjun itu juga, Daniel James di’boo’ sepanjang perlawanan.
Namun begitu, Ryan Giggs tampil mempertahankan pemain kebangsaan beliau itu. Menurut Giggs, Wolves yang harus dipersalahkan kerana berterusan membentes para pemain United termasuk James.
Giggs berkata: “Kamu sendiri melihat beliau [Daniel James] banyak kali dibentes. Kadangkala kamu [pemain] akan melakukan antisipasi [agakan] dan menjatuhkan diri lebih awal, itu yang kelihatan kamu seperti terjun.”
“James kerap sekali dibentes dan pengadil harus lebih melinduingi beliau. Memang anda akan banyak dibentes jika anda adalah penyerang bertiga. Namun untuk kes Daniel James, beliau terlampau banyak dibentes.”
“Tugas sukar untuk pengadil, apabila kamu melakukan antipasi, dan ianya boleh kelihatan lebih teruk.”
Despite being booked for diving on #MNF, Ryan Giggs says Daniel James needs extra protection from referees…👀
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 22, 2019
Giggs tetap memuji aksi Daniel James walaupun beliau tahu, sukar untuk menutup mulut pengkritik yang mengecam James kerana simulasi.