Giggs Nafi Tuduhan Kasari Teman Wanita

Giggs Tuduhan

Pengurus Wales, Ryan Giggs menafikan tuduhan mencederakan seorang wanita seperti yang dilaporan oleh media British susulan penahanannya oleh pihak polis di rumah.

menurut sumber, wakil jurulatih berusia 46 tahun itu menafikan segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

“Beliau akan bekerjasama dengan pihak polis dan akan membantu mereka dalam setiap siasatan yang akan dijalankan.”

Akhbar The Sun melaporkan pihak polis telah menerima satu aduan mengenai ‘gangguan’ yang berlaku di rumah bekas pemain Manchester United berkenaan.

Pihak Polis Manchester berkata, “Polis dihubungi pada 10.05 malam pada Ahad melaporkan berlaku gangguan terhadap seorang wanita. mangsa mendakwa cedera ringan tetapi tidak menerima sebarang rawatan.”

“Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di bawah seksyen 47 dan seksyen 39 kerana mendatangkan kecederaan.”

Giggs dilaporkan telah dilepaskan dengan jaminan pihak polis.

Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) mengatakan pihaknya maklum dengan tuduhan terhadap pengurus skuad kebangsaan mereka itu, namun enggan memberikan sebarang komen mengenainya.

Kejadian tersebut juga menyebabkan pengumuman skuad WAles untuk perlawanan menentang Amerka Syarikat (AS), Ireland dan Finland pada bulan ini ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Giggs: Mungkin Lagi 20 Tahun Baru United Boleh Menang EPL

Kerja Baharu Ozil: Penasihat Strategi Syarikat Pelaburan Class 5 Global

Paul Pogba: Impian Semua Pemain Bola Sepak Nak Sertai Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN