Mino Raiola Buat Hal, Minta AC Milan Kontrak Tak Masuk Akal Untuk Donnaruma

AC Milan terutamanya pemilik baharu mereka dari China pasti akan pening kepala.

Hal ini kerana, pemilik baharu dari China itu akan hadapi masalah besar mengenai pemain muda terhangat mereka – Gianluigi Donnaruma.

Kontrak tak masuk akal

Gianluigi Donnaruma masih lagi berusia belasan tahun, namun bakatnya membuatkan beliau sudah sepeti dua 4, 5 tahun bermain bola sepak profesional.

Beliau diburu hangat beberapa kelab utama Eropah antaranya Chelsea. Namun beliau memilih untuk kekal sahaja di AC Milan.

Malah Gianluigi Buffon juga telah merestui keputusan beliau untuk kekal di AC Milan, katanya kekal dan jadilah lagenda di sana.

Namun harus kita ingat ini bola sepak moden dan wang punyai kuasa sangat besar.

Dikala Donnaruma memilih untuk kekal di AC Milan dengan kontrak sedia ada, agen beliau Mino Raiola mahukan kontrak baharu untuk beliau.

Namun kontrak beliau ini bukan kecil nilainya. Hal ini kerana Raiola mahu kontrak pemain itu bernilai €5 juta setahun!

Kontrak yang ada sekarang kurang dari nilai €2.5 juta, malah AC Milan sekarang turut tidak mempunyai kemahuan untuk menaikkan nilai kontrak kepada lebih €2.5 juta.

Kegagalan AC Milan memberikan kontrak baharu kepada Donnaruma dengan nilai yang dimahukan Raiola bakal menyaksikan Donnaruma akan keluar daripada kelab tersebut ke kelab gergasi Eropah yang lain.

Jadi, patutkah AC Milan menurutkan kemahuan Raiola? Atau biarkan sahaja?

Baca juga: Hector Bellerin: “Jika Wenger Keluar Dari Arsenal, Saya Akan Turut Serta”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN