Kontroversi menyelebungi perlawanan di antara Uganda dan Ghana. Ghana perlu menang perlawanan ini untuk memastikan mereka menjuarai kumpulan E.
Dalam perlawanan semalam, perlawanan di antara Uganda dan Ghana seri 0-0 selepas pengadil silap membatalkan gol Ghana pada masa kecederaan kerana disangkakan ofsaid.
Dengan jelas pemain Ghana, Raphael Dwamena tidak ofsaid. Keputusan seri ini meletakkan Ghana hampir pasti gagal mara ke Piala Dunia Rusia.
Jika gol itu disahkan, Ghana berada di tangga teratas kumpulan E dengan kelebihan gol walaupun perbezaan jaringan dengan Mesir adalah sama.
Ghana juga akan berhadapan dengan Mesir dalam perlawanan terakhir. Walaupun Mesir menang ke atas Congo Brazzaville esok, Ghana masih berpeluang menyaingi Mesir, itupun jika gol tadi itu tidak dibatalkan.
Kini ceritanya sudah jauh berbeza. Dengan keputusan ini, Mesir hanya perlu menang untuk disahkan mara ke Rusia! Ini kedudukan semasa kumpulan E dengan Mesir masih ada 1 baki perlawanan.
Persatuan bola sepak Ghana (GFA) menfailkan bantahan terus kepada FIFA.
“GFA sudah menghantar protes kepada FIFA sebaik sahaja perlawanan di Stadium Kebangsaan Mandela tamat.”
“Encik Bennet, iaitu penjaga garisan telah menafikan gol sempurna kami pada minit ke-93 dengan ulang tayang di televisyen dengan jelas menunjukkan ia gol sempurna.”
Impresionante el atraco a la Ghana de @Thomaspartey22. Gol anulado en el 94' por supuesto fuera de juego. Y hubo otro mas claro aún 👐🏿👐🏿 pic.twitter.com/3FX3xE9rLh
— adrianbarrios (@barrios2326) October 7, 2017
“Sebelum itu, pengadil juga menafikan penalti Ghana selepas Frank Acheampong dijatuhkan di dalam kotak penalti.”
Namun begitu, GFA akur bahawa FIFA mungkin tidak akan memberikan 3 mata kepada Ghana kerana perlawanan sudah pun berakhir dan keputusan pengadil muktamad.
Cuma bantahan ini adalah untuk meminta FIFA menilai semula prestasi pengadil yang bertugas. Mereka menambah lagi:
“Beberapa kelemahan pengadilan ini membuatkan GFA tiada pilihan melainkan meminta FIFA menilai prestasi pengadil dalam perlawanan ini.”
Ghana secara matematiknya sudah gagal untuk ke Rusia. Uganda masih berpeluang kerana dibezakan hanya 1 mata dengan Mesir.
Mesir akan turun untuk perlawanan ke-5 esok. Jika Uganda menang dan Mesir tewas di tangan Congo (bukan DR Congo), Uganda masih ada harapan untuk menyaingi mereka dalam perlawanan terakhir.
Mesir akan berhadapan dengan Ghana! Hanya juara kumpulan daripada 5 kumpulan kelayakan terakhir akan mara!