VIDEO: Ghana FA Dibubar Selepas Presiden Bungkus Duit Rasuah Guna Plastik Hitam Tular

Kerajaan Ghana telah membubarkan Ghana FA (GFA) selepas Presiden persatuan tersebut dirakam menerima wang tunai yang dipercayai sebahagian daripada bentuk bayaran berunsur rasuah.

Di dalam video tersebut, Kwesi Nyantakyi (gambar bawah) dilihat menerima wang tunai berjumlah £48,000 untuk menerima tawaran daripada seorang wartawan yang menyamar sebagai seorang usahawan, kononnya untuk melabur di dalam bola sepak Ghana.

Nyantakyi sehingga kini berdiam diri atas dakwaan tersebut.

Menteri Sukan Ghana, Isaaz Asiama berkata persatuan tersebut dibubarkan serta merta. Siasatan terhadap skandal rasuah yang melanda bola sepak di Ghana itu dikatakan dibongkar oleh seorang wartawan kontoversi, Anas Aremayaw.

Dalam pembongkaran terhadap skandal rasuah tersebut, Aremayaw telah menyediakan sebuah video di dalam bentuk dokumentari mengenai siasatan beliau, dan diiserahkan kepada pihak berkuasa pada bulan lalu.

Bagaimanapun, dokumentari terbabit hanya disiarkan kepada umum pada Rabu lalu.

(Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Menteri Penerangan Ghana, Mustapa Abdul-Hamid dalam satu kenyataan berkata pihak kerajaan Ghana mengambil langkah campur tangan untuk membubarkan Persatuan Bola Sepak Ghana, dan menyifatkan perkara yang berlaku sebagai ‘sesuatu yang sangat jelas, dan sudah lama dihidu kerana telah lama mereput.’

Abdul-Hamid turut berkata satu langkah akan diambil untuk mentadbir bola sepak negara, yang akan diumumkan di dalam masa terdekat, bergantung kepada pembentukan organisasi yang baru dalam persatuan tersebut.

Namun demikian, GFA dalam satu kenyataan berkata, akan memberi kerjasama untuk sebarang bentuk penyiasatan oleh pihak kerajaan dalam skandal tersebut.

Nyantakyi merupakan Timbalan Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika dan merupakan salah seorang ahli di dalam Majlis FIFA.

Sejak mengambil alih tampuk pengurusan GFA, menangani isu rasuah adalah salah satu agenda beliau.

G (Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Namun dokumentari pendek tersebut yang menunjukkan Nyantakyi memasukkan sejumlah wang yang dianggap untuk tujuan ‘membeli belah’ ke dalam sebuah beg plastik hitam mengisahkan usaha sebaliknya.

Dokumentari tersebut turut diserahkan kepada BBC Afrika melalui unit siasatan rahsia milik media berkenaan, Afrika Eye yang menyiarkan rakaman tersebut secara eksklusif.

Di dalam rakaman terbabit, seorang wartawan yang menyamar sebagai seorang usahawan dari sebuah syarikat berpengkalan di Timur Tengah mengumpan Nyantakyi dengan pelaburan di dalam bola sepak di Ghana.

(Photo credit should read PIUS UTOMI EKPEI/AFP/Getty Images)

Pasukan rakaman kemudiannya menjemput Nyantakyi ke sebuah hotel mewah di negara Timur Tengah tersebut dengan janji untuk mempertemukan beliau dengan seorang usahawan yang kaya, untuk tujuan penajaan dengan GFA.

Nyantakyi yang bersetuju untuk melakukan rundingan tersebut bersetuju menerima tajaan bagi pihak GFA, namun turut membenarkan sebahagian daripada nilai tajaan tersebut kepada syarikat yang didaftarkan di atas nama Nyantakyi sendiri.

Sekiranya perjanjian tersebut adalah benar, Nyantakyi sendiri akan memperolehi keuntungan sebanyak USD$4.5 juta daripada perjanjian tersebut.

Anda boleh saksikan sendiri video dokumentari dari rakaman sebenar tersebut melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN