Gerrard Tak Akan Dapat Pingat EPL

Liverpool ketika ini mempunyai jurang mata yang cukup besar dalam saingan Premie League dan kerana itu sebahagian penyokong kelab itu telah mengusulkan satu usul kepada pengurusan kelab.

Mereka mahu bekas ketua pasukan, Steven Gerrard di bawa semula ke Liverpool dalam kontrak jangka pendek.

Hal ini kerana, ianya supaya Gerrard boleh bermain mininum lima perlawanan liga untuk membolehkan beliau memperoleh pingat kejuaraan Premier League yang didambakan pemain itu sejak dahulu.

Akan tetapi, semuanya tidak akan berlaku menurut pihak kelab.

Menurut laporan Goal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liverpool iaitu Peter Moore mengatakan idea untuk membawa pulang Gerrard itu tidak relevan memandangkan beliau kini sudah menjadi pengurus di kelab lain.

“Jika anda tidak perasan, beliau kini sudah menjadi pengurus di kelab lain, jadi pemain mana anda mahu singkirkan dari senarai skuad untuk berikan laluan kepada beliau?”

Bagi Moore, ianya cukup penting untuk mengekalkan keharmonian di bilik persalinan.

“Bayangkan kita terpaksa singkirkan satu pemain dari skuad dan kena cakap yang pemain itu tidak akan terima pingat.”

Selain daripada itu, terdapat beberapa perkara lain yang menghalang Liverpool dari mendapatkan semula Gerrard.

Katanya, apabila senarai pemain untuk satu-satu skuad telah dipaterikan, maka sebarang perubahan tidak boleh dilakukan.

Gerrard ketika ini sedang berusaha untuk memenagi gelaran liga atas usahanya sendiri sebagai pengurus bersama-sama Rangers di Scotland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN