Gerrard, Scholes, Atau Lampard? Ferdinand Pilih ….

Rio Ferdinand menjawab persoalan yang diajukan oleh Sport Bible, antaranya: Siapakah pemain tengah yang akan beliau pilih di dalam pasukan impian beliau.

Ferdinand sudah banyak kali bermain bersama-sama dengan 3 pemain tengah tersebut di dalam kariernya terutama sekali Paul Scholes.

Untuk Lampard, Ferdinand pernah bermain dengan pemain itu ketika di West Ham sebelum kedua-duanya bermain bersama dalam kem England.

Perdebatan tentang 3 pemain tengah ini sentiasa berlaku di kalangan penyokong. Rio Ferdinand sendiri tidak mampu untuk memilih salah seorang.

Lantas, Ferdinand mahu menggabungkan elemen permainan yang ada daripada setiap mereka.

Ferdinand berkata: “Saya akan ambil sedikit daripada setiap seorang mereka. Frank seorang pemain yang memiliki karakter yang sangat kuat. Saya tak nampak ada ramai pemain yang mampu menjerit dekat dia berkata: ‘Kamu ada dalam pasukan ini sebab bapa saudara kamu adalah pengurus’.”

“Saya tidak nampak ada ramai pemain yang memiliki rajin dan bijak seperti beliau.”

Lampard
BOURNEMOUTH, ENGLAND – OCTOBER 28: (L-R) Harry Redknapp, Frank Lampard and Jake Humphrey speak to the TV cameras prior to the Premier League match between AFC Bournemouth and Chelsea at Vitality Stadium on October 28, 2017 in Bournemouth, England. (Photo by Christopher Lee/Getty Images)

“Stevie pula seorang pemain yang sentiasa bersedia dalam menghadapi saat genting. Beliau boleh melakukan apa sahaja – menyerang, bertahan, merembat ke arah gol, hantaran tepat, dan banyak lagi.”

“Paul Scholes adalah pemain yang boleh melakukan apa sahaja beliau mahu lakukan di atas padang. Beliau seorang pemain tengah yang boleh menjaringkan dan menjadi seorang konduktor. Tak ramai seperti beliau.”

Selain itu Rio Ferdinand turut menyatakan Vidic adalah pemain yang lebih lasak daripada Roy Keane.

“Kamu tengok sahaja hidungnya [selepas beberapa kali patah]. Itu dah cukup memberitahu kamu segalanya.”

“Kamu tahu dia akan menerbangkan badannya untuk menghalang setiap bola dan melakukan apa sahaja untuk menghalang orang daripada melakukan gol. Vidic adalah pemain yang sangat hebat.”

Ketika ditanya sama ada Rio Ferdinand lebih sanggup untuk menyarung jersi Liverpool atau Manchester City, Ferdinand berkata: “Kedua-duanya saya tak nak, kamu harus padamkan soalan ini, sebab kamu tak akan dapat jawapannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN