Steven Gerrard ternyata masih memiliki taring dalam teknik sepakan percuma beliau.
Dalam satu perlawanan pertunjukan menentang Hashtag United dalam UEFA Champions Festival, lagenda Liverpool itu telah menjaringkan gol jarak jauh yang cantik untuk pasukannya – BT Sports All Stars.
Untuk pengetahuan anda, Hashtag United adalah pasukan yang diwakili pemain-pemain e-sport di UK.
Dalam perlawanan ini juga, Gerrard telah mengalami kecederaan yang membuatkan beliau bakal terlepas aksi perlawanan testimonial Michael Carrick pada Ahad ini.
“Saya terpaksa berehat selama 2-3 minggu nampak gayanya,” kata Gerrard dengan kecewanya. “Saya suka bermain dengan Michael [Carrick]. Beliau pemain bagus dan bekas rakan sepasukan saya. Tapi saya tak dapat bermain pada Ahad ini.”