Gergasi Merah Berlepas Ke Bangkok Uji Corak Permainan Pasukan

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan tiga kelab dari Thailand yang bakal menjadi lawan mereka dalam aksi persahabatan pra musim 2019 yang akan bermula pada hari esok.

Mereka yang kini sedang dalam perjalanan dan baru sahaja berlepas berangkat ke Bangkok akan menentang kelab dari divisyen 3 yang dinaik pangkat ke divisyen 2 musim ini iaitu MOF Customs United (14 Januari), kelab dari divisyen 1, Chonburi FC (15 Januari) dan akhir sekali, kelab dari divisyen 2, Thai Honda FC (17 Januari).

Perlawanan menentang MOF Customs United dan Thai Honda FC akan berlangsung pada pukul 6 ptg waktu Thailand (7mlm waktu Malaysia) manakala perlawanan menentang Chonburi FC berlangsung pada pukul 4ptg waktu Thailand (5ptg waktu Malaysia).

Perlawanan tersebut merupakan medan untuk ketua jurulatih, B. Satiananthan menilai corak permainan dan kemampuan pemainnya menentang pasukan dari luar selepas beberapa siri perlawanan percubaan dan ujian kecergasan di Malaysia dengan pasukan-pasukan tempatan.

Malah, perlawanan-perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung di Facebook rasmi FA Selangor MY dan juga Blublack Arena.

Menurut Satiananthan, perlawanan pramusim sebelum ini yang sebenarnya adalah platform kepada 33 pemain-pemain bagi menunjukkan potensi dan skill masing-masing sebelum 24 atau 25 sahaja dibawa ke skuad liga.

“Kemenangan bukanlah ukuran atau sandaran utama pasukan ketika pramusim kerana persediaan yang rapi dengan mengenal pasti pemain dan kelemahan yang ada dalam pasukan itu adalah lebih penting sebelum mengharungi cabaran sebenar di liga nanti.

“Ini adalah perkara dan situasi yang sama bagi mana-mana pasukan terutamanya kelab-kelab besar di Eropah yang mengadakan perlawanan pramusim tertutup bagi memberi peluang kepada pemain-pemain terutamanya pemain percubaan dan pemain muda,” kata kenyataan beliau dalam laman web rasmi FAS.

Satiananthan juga yakin pemainnya akan menunjukkan permainan sebenar apabila tiba di Thailand nanti dan membentuk keserasian yang mantap bersama rakan sepasukan.

“Meskipun begitu, kita sudah dapat melihat keserasian dan corak permainan yang semakin meyakinkan dalam perlawanan pramusim sebelum ini apabila Selangor berjaya menewaskan Juara Bertahan Selangor Champions League, Puchong Fuerza FC dengan 6 gol berbalas 0.

“Kita akan tetap berharap serta terus mendoakan yang terbaik agar setiap perlawanan pramusim yang kita lalui hari ini akan memberikan impak yang positif semasa kempen sebenar 2019 bermula nanti,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN