Pemain pertahanan berpengalaman, Gerard Pique mengambil keputusan untuk bersara daripada kancah bola sepak antarabangsa.
Pique yang membuat 102 penampilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol kecewa selepas La Roja sekadar layak ke pusingan 16 terbaik pada saingan Piala Dunia 2018 tempoh hari.
Mereka dikecewakan pasukan tuan rumah, Rusia menerusi penentuan sepakan penalti di Luzhniki Stadium.
Ternyata kehadiran bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique yang kini membimbing Sepanyol tidak mampu mengubah haluan Pique untuk bersara.
Menurut sumber Goal, Pique berkata: ”Saya telah menikmati detik yang cukup baik, dengan satu kejuaraan Kejuaraan Eropah (2012) serta Piala Dunia (2010), tetapi cerita itu sudah sampai ke penghujungnya.”
”Saya telah memberitahu tentang perkara ini kepada Luis Enrique.”
Sebelum Piala Dunia di Rusia bermula, Pique telah memberikan bayangan bahawa itu adalah kejohanan terakhirnya bersama Sepanyol.
”Itu adalah masuk akal untuk meninggalkannya (Sepanyol) selepas berakhirnya Piala Dunia.”
”Itu adalah masa yang hebat dan saya menikmati pengalaman yang luar biasa tetapi kadangkala anda perlu menamatkan kitaran ini dan perlu melakukannya dengan cara yang betul.”
Keputusan yang dibuat pertahanan kental Barcelona itu telah mengikut jejak bekas rakan sepasukan, Andreas Iniesta yang turut telah mengumumkan persaraan dari menyarung jersi Sepanyol sebaik sahaja tamat cabaran mereka di Piala Dunia.