Ketika ini, kem Barcelona dihimpit dengan badai yang datang dari kota Paris apabila kelab Paris-Saint Germain (PSG) hadir untuk membawa pemain utama mereka Neymar.
PSG dikatakan bersedia mengaktifkan klausa perlepasan Neymar yang bernilai €222 juta!
Pada pandangan penulis, klausa sebesar itu sebenarnya boleh dikatakan sebagai mesej halus untuk mengatakan yang pemain itu bukan untuk dijual.
Namun, PSG tetap yakin akan mendapatkan pemain tersebut dengan pelbagai spekulasi terutamanya di Perancis yang mengatakan kelab tersebut sudah berjaya mendapatkan Neymar.
Semalam, kami ada melaporkan yang pemain pertahanan Barcelona iaitu Gerard Pique ada menasihati beliau untuk terus kekal di Barcelona dan mencipta kejayaan di situ.
Dan nampaknya, pemain tersebut sepertinya telah membuat keputusan untuk tidak berpindah dari kelab tersebut.
Hal ini kerana, di laman Instagram Pique beliau memuat nak gambar beliau bersama Neymar.
Dengan menggunakan caption “Se queda” yang bermaksud “beliau kekal”.
Ia boleh dikatakan sebagai petunjuk terbesar bagi status pemain Brazil tersebut sama ada beliau akan meninggalkan Barcelona atau tidak.
Ia juga mungkin jawapan kepada gambar yang dimuat naik Neymar baru-baru ini. Rujuk gambar di bawah.
Jadi, gembira penyokong Barcelona?