Gerard Pique Diejek Ketika Latihan Kerana Mengundi Dalam Referendum Catalonia

Gerard Pique antara pemain yang lantang bersuara dan perbuatannya itu kadangkala tidak disenangi ramai pihak.

Baru-baru ini ramai penyokong Sepanyol meminta Pique berhenti daripada mewakili Sepanyol. Ini selepas pertahanan tersebut mengundi dalam referendum Catalonia yang menyokong kemerdekaan Catalonia.

Namun Gerard Pique memberitahu, dia sentiasa bersedia berkhidmat untuk pasukan kebangsaan Sepanyol selagi diperlukan. Namun jika beliau tidak diperlukan hanya kerana pandangan politik, beliau sedia berundur.

Pique A$$h**e

Semalam, ketua RFEF, Larrea memberitahu bahawa Gerard Pique akan kekal bersama pasukan Sepanyol untuk kempen kelayakan Piala Dunia dan juga bermain pada Piala Dunia nanti.

Thiago Alcantara membidas wartawan yang bertanyakan suasana di pusat latihan Sepanyol yang dilabel mungkin janggal. Alcantara berkata:

“Kami hanya memikirkan tentang bola sepak. Masing-masing ada pandangan politik dan kepercayaan. Kami di sini untuk pasukan kebangsaan Sepanyol bukannya membawa masalah peribadi ataupun politik ke dalam pasukan.”

Di kem latihan Sepanyol semalam, Pique diejek dan dicemuh. Ada penonton yang mengangkat sepandul Pique Fora! Ataupun Pique Keluar! Banyak lagi banner yang dibawa masuk dan polis menyita kesemuanya.

Alcantara berpendapat Gerard Pique sudah lali dengan situasi itu.

“Dia (Pique) sudah melaluinya ketika di Santiago Bernabeu sebelum ini. Pique sentiasa menunjukkan sikap positif dan ceria di dalam pasukan ini.”

Pengurus Sepanyol, Julen Lopetegui memberitahu yang sikap profesional Pique luar biasa.

Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu memberitahu yang mereka akan mendengar suara majoriti ahli kelab mereka tentang di mana Barcelona akan bermain sekiranya Catalonia merdeka.

Sepanyol dalam rangka persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia untuk minggu antarabangsa kali ini.

Sumber

The Guardian – https://www.theguardian.com/football/2017/oct/02/gerard-pique-spain-fans-barcelona-catalan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN