Prestasi Olympiakos dalam 8 perlawanan terakhir kurang memberangsangkan. Mereka hanya menang 3 daripada 8 perlawanan teakhir tersebut.
Sekaligus meletakkan mereka 6 mata di belakang pendahulu liga, AEK dalam baki 4 perlawanan lagi. Pemilik kelab Evangelos Marinakis yang juga pemilik Nottingham Forest telah mengambil langkah drastik.
Beliau mendapati ada beberapa pemain senior yang tidak bersungguh-sungguh dalam padang. Lalu beliau mengeluarkan denda £350,000 kepada pemain-pemain tersebut dikatakan hanya makan gaji buta dengan aksi yang tidak bersungguh-sungguh.
Beliau turut mengarahkan mereka untuk bercuti untuk pemain berehat pra-musim lebih awal. Evangelos bercakap kepada wartawan:
“Saya dan para penyokong telah banyak bersabar dengan kamu (pemain). Jadi, kamu boleh tinggalkan kem pasukan sekarang dan bercuti.”
Olympiakos beraksi teruk ketika diikat Levadiakos pada Sabtu lalu dan sekadar seri 1-1. Marinakis percaya pasukan mereka seharusnya bermain lebih baik.
Kualiti pemain pasukan mereka jauh lebih baik. Dan tak lupa, ketika mereka beraksi bersungguh-sungguh, mereka pernah mengikat Barcelona dalam perlawanan UCL pada Oktober tahun lalu.
Marinakis mengesahkan yang hanya segelintir sahaja pemain senior daripada pasukan utama sekarang akan dikekalkan untuk menghadapi baki kempen saingan mereka. Dan yang lain boleh bercuti.
Tugasan mereka akan digantikan oleh pemain-pemain daripada skuad B-20. Beliau juga menggambarkan akan berbincang dengan jurulatih untuk merombak skuad secara besar-besaran.
“Saya akan bina semula Olympiakos dari bawah sekali lagi dan akan menjadikan ia sebagai pasukan yang kita impikan.
“Saya akan gunakan wang denda itu untuk mencari pemain baru, pemain amatur yang hidup dengan gaji rendah pun ramai yang lebih menghargai penyokong dan sayangkan kelab ini.”
“Mereka (pemain senior yang didenda dan direhatkan) hanya memikirkan rumah besar dan kereta besar. Mereka tak kisah pun pasal pasukan ini.”
“Saya sudah hilang berjuta euro untuk anda memiliki segalanya (kelengkapan dan fasiliti) di sini. Kerana anda juga, saya sudah memecat 3 jurulatih. Namun saya tak nampak hasilnya.”
“Jadi,saya buat kesimpulan, ini bukan salah jurulatih, ini salah kamu.”
3 tahun lalu, Marinakis pernah mendenda pasukan Olympiakos €500,000 ataupun sekitar £438,000. Sebagai tambahan, Marinakis berjaya mengakhiri pemilikan Fawaz Al Hasawi di Nottingham Forest pada Mei 2017.