Gerakan Back Door Cut Adalah Ancaman Tahap Tinggi Dalam Futsal

Gerakan back door cut adalah gerakan yang harus dikuasai semua pemain futsal untuk memastikan mereka sukar di kawal.

Malaysia Woman Futsal player, Steffi Kaur during friendly match against Felda United FC. Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Apa itu gerakan back door cut?

Ia merujuk kepada satu gerakan di belakang pertahanan lawan untuk menerima bola di satu ruang yang dicipta. Ia seperti blind space di dalam bola sepak.

Lihat contoh di bawah, pemain B melakukan gerakan back door cut mengatasi pertahanan lawan.

Merah – gerakan, putih – hantaran

Glosari gerakan back door cut ini diambil daripada istilah tatik dalam NBA yang juga dipanggi back door cut. Lihat video NBA di bawah ini

Kenapa ia satu corak gerakan yang tajam?

Ini adalah 3 sebabnya!

1. Manipulasi ke atas blind space

Ia adalah taktik yang memanipulasi ruang di belakang pihak lawan. Ini kerana fokus pertahanan lawan adalah kepada bola.

Pertahanan perlu berpusing terlebih dahulu untuk mengejar atau mengekang. Dalam saiz gelanggang yang kecil amat sukar untuk pemain yang menerima bola di blind space dikejar.

2. Sukar dijangka

Ia satu gerakan yang sukar dijangka. Rakan anda boleh melakukan hantaran terus ke satu ruang untuk anda serang dalam keadaan gerakan back door. Ini memerlukan keserasian dan pemahaman telepathic yang tinggi.

3. Menerima bola dalam keadaan aktif

Aktif kami maksudkan adalah, anda boleh melakukan sentuhan pertama dan melakukan cubaan. Atau anda boleh terus melakukan cubaan. Anda juga  boleh melarikan bola dengan beberapa sentuhan.

Dengan penjelasan pada isi no.1, ia memang sukar untuk pertahanan mengejar anda.

Cadanga 4 method latihan asas yang diperlukan.

1. Gerakan tanpa bola

Ia lebih mengutamakan isu gerakan tanpa bola. Perbaiki aspek ini dengan kemampuan untuk melihat dan mentafsir ruang.

Ia tidak memerlukan anda berlatih untuk meningkatkan kelajuan larian kerana ruang gelanggang yang kecil dengan manipulasi ke atas masa petahanan berpusing.

Paling penting adalah ketajaman gearkan bukannya kelajuan.

2. Sentuhan pertama

Ini adalah aspek paling penting. Jika anda gagal dalam aspek ini, gerakan back door anda akan jadi sia-sia.

3. Latihan permainan kombinasi

Ia adalah kemampuan untuk berhubung dalam keadaan taktikal dan telepathic (non verbal). Pemain yang menghantar bola perlu serasi dengan gerakan rakan mereka.

Begitu juga pemain yang melakukan gerakan back door ini. Mereka perlu tahu masa yang sesuai untuk melakukan gerakan.

4. Teknik sepakan

Ini adalah gerakan yang sangat tinggi kemampuannya mencetuskan ancaman terus. Teknik sepakan seperti first time shot, first touch and shot antara yang boleh ditajamkan.

Semakin tinggi dan tajam anda melakukannya semakin tinggi anda memeberikan ancaman segera.

Kami selitkan video di bawah bagaimana gerakan back door dalam futsal ini beroperasi.

Kami sangat mencadangkan gerakan ini diberikan perhatian serius dalam aspek latihan berpasukan.

Baca juga: Analisis: Claudio Bravo Bermasalah Kerana Dia Sedang Bermain Futsal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN