Adakah Georgina Rodriguez merupakan isteri yang sah kepada Cristiano Ronaldo?
Georgina Rodriguez, wanita yang selama ini dikenali sebagai pasangan kepada Cristiano Ronaldo menimbulkan spekulasi bahawa pasangan tersebut telah berkahwin.
Bintang Juventus, Ronaldo bagaimanapun pernah menafikan telah mengahwini Rodriguez dalam satu majlis rahsia ketika ditanya wartawan pada November lalu.
Hubungan Georgina Rodriguez bersama pemain berusia 34 tahun yang pernah beraksi bersama Manchester United, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu sekali lagi menjadi perhatian pada minggu ini.
Ia selepas Rodriguez menggunakan nama panggilan ‘suami’ di media sosial untuk merujuk kepada Ronaldo.
Rodriguez telah berkongsi sebuah gambar dirinya, Ronaldo dan anak-anak mereka sempena sambutan hari jadi dirinya bersama muat naik: “Selamat hari jadi ke-26 untuk saya, sangat gembira. Tidak ada perkara lain yang saya boleh minta dari kehidupan ini.
“Hanya mahukan kesihatan yang baik untuk diri dan keluarga, dan untuk sentiasa dapat menikmatinya.
“Terima kasih untuk segala ucapan, bunga-bungaan dan kasih sayang. Terima kasih juga untuk suami saya kerana memberikan perkara terbaik dalam kehidupan ini, iaitu anak-anak kita. Saya cintakan kamu.”
Perkataan yang digunakan oleh Rodriguez untuk merujuk kepada Ronaldo adalah ‘Marido’. Di dalam Bahasa Sepanyol, ungkapan tersebut merujuk kepada sumai yang sah secara perundangan.
‘Esposo’ pula merujuk kepada lelaki yang telah berkahwin melalui proses perundangan.
Sukar menjelaskan sama ada Ronaldo telah mengahwini Rodriguez secara sah atau belum. Rodriguez turut berkongsi bagaimana mereka sekeluarga menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam muat naik yang sama.
Laman sosial Ronaldo turut berkongsi beberapa gambar terpilih keraian hari jadi Rodriguez.
“Tahniah sayang ku! Semoga melalui hari yang baik! Anda wanita yang hebat, dan ibu yang sangat baik untuk anak-anak kita. Saya amat cintakan dikau sayang!” ujar Ronaldo.
Wakil kepada Ronaldo bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika diajukan soalan oleh pihak Daily Mail mengenai perkara tersebut.