Legenda AC Milan George Weah Kini Masuk Politik, Bertanding Jawatan Presiden Liberia

Bagi otai dulu-dulu, nama George Weah pasti mekar dalam ingatan bukan?

Beliau merupakan pemain legenda AC Milan sekitar 1990-an dan juga pernah memenangi gelaran World Player of the Year.

Untuk rekod, beliau merupakan satu-satu pemain Afrika yang berjaya memenangi anugerah tersebut.

Tetapi apa yang beliau lakukan sekarang?

Ketika ini, Weah sedang menceburi dunia politik di negaranya iaitu Liberia.

Dan kini, beliau bakal bertanding sebagai calon bagi jawatan presiden di negara tersebut!

Menurut sumber, Weah bakal bertanding dengan 19 lagi calon presiden untuk pilihan raya presiden yang bakal diadakan pada bulan Oktober ini.

Weah merupakan wakil dari parti pembangkang negara tersebut apabila belia mewakili parti demokrat di negara tersebut.

Legenda AC Milan itu akan dicabar hebat oleh wakil dari parti kerajaan ketika ini iaitu Joseph Boakai dari parti bersatu negara tersebut.

Boakai juga merupakan naib presiden Liberia ketika ini.

Liberia merupakan negara yang terletak di Afrika barat dengan berpopulasi seramai 4.6 juta orang.

Mampukah Weah mendapatkan undi dari rakyat mereka seperti Zah Rahan atau Forkey Doe?

Sumber:

  1. Bloomberg (2017): Liberia Elections Body Says 20 Candidates Will Vie for President; https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-07-31/liberia-elections-body-says-20-candidates-to-vie-for-president

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN