Gennaro Gattuso Sah Tinggalkan AC Milan

Gennaro Gattuso telah mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatan pengurus bersama AC Milan, selepas melakukan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif kelab tersebut, Ivan Gazidis.

Milan gagal melayakkan diri ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) buat musim keenam berturut-turut, selepas hanya dipisahkan dengan satu mata oleh Atalanta dan seteru setempat, Inter Milan.

Bekas pemain berusia 41 tahun itu mengambil alih kelab yang berpengkalan di San Siro itu pada November 2017, dan berjaya mengakhiri musim di tangga ke-6 pada musim tersebut.

Musim ini Gattuso hanya berjaya membantu Milan untuk mengakhiri musim di tangga ke-5.

(Photo by Gabriele Maltinti/Getty Images)

Gattuso dikhabarkan memiliki kontrak sehingga 2021, namun selepas perbincangan dengan Gazidis memutuskan akan melepaskan jawatan beliau sebagai jurulatih.

Ketika bercakap kepada Repubblica, Gattuso dipetik sebagai berkata:

“Untuk membuat keputusan meninggalkan Milan bukan perkara yang mudah, tetapi saya harus melakukannya.

“Tidak ada tempoh tertentu bila saya telah melakukannya [membuat keputusan]. Pengalaman 18 bulan sebagai jurulatih di sini tidak akan diperolehi di tempat lain. Itulah tempoh dimana saya hidup dengan penuh kesungguhan, tempoh yang tidak akan dilupakan.

“Pemergian ini menyakitkan, tetapi merupakan pilihan yang telah difikirkan secara wajar.

“Adakah saya telah melepaskan kontrak dua tahun begitu sahaja? Ya, kerana kisah saya bersama Milan tidak akan dapat dinilai dengan wang.”

Selain daripada Gattuso, kegagalan melayakkan diri ke UCL turut akan memberi kesan kepada Pengarah Sukan, Leonardo yang turut diramalkan akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Gattuso pernah beraksi di dalam 387 perlawanan untuk Milan, dan menjuarai UCL pada 2007. Namun sejak daripada itu, prestasi Milan semakin malap tatkala Juventus terus mendominasi bola sepak Itali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN