“Gembira Ledak Gol” – Sean Selvaraj Anggap Berjaya Balas Kepercayaan K. Devan

Negeri Sembilan berjaya membuktikan yang mereka bukan sekadar pasukan penumpang di saingan Liga Super musim ini apabila sudah pun mencatat dua kemenangan dan dua keputusan seri untuk mengutip lapan mata keseluruhan dan berada di tangga keempat carta liga dengan masih kurang satu lagi perlawanan.

Antara yang paling gembira pastinya penyerang baharu mereka iaitu Sean Eugene Selvaraj apabila pemain tersebut sudah pun membuka akaun jaringan beliau musim ini sewaktu Negeri Sembilan menewaskan Petaling Jaya City baru-baru ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan keputusan 3-1.

Jelas Sean, nyata jaringan yang dihasilkan beliau baru-baru ini berjaya memberi semangat baharu untuk lebih berkeyakinan memberi aksi terbaik bersama pasukan dalam setiap perlawanan.

“Memang saya amat impikan untuk menjaringkan gol pada setiap kali diberikan amanah oleh pasukan dan akhirnya impian itu berjaya dilakukan ketika pasukan memerlukan kemenangan.

“Malah, lebih manis saya dapat melakukannya di hadapan penyokong Negeri Sembilan di gelanggang sendiri Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Dalam aksi sebelum ini peluang itu tidak menjadi, memang gembira dapat menjaringkan gol dan melaksanakan amanah serta kepercayaan diberikan oleh ketua jurulatih, K Devan,” katanya menerusi Arena Metro.

Menurut bekas penyerang Selangor itu lagi, banyak kemajuan yang dicapai beliau dari segi tahap permainan sejak berada bawah kendalian K. Devan dan semakin berasa yakin akan kemampuan diri untuk memberi persembahan lebih baik.

Dalam masa sama, penyerang berusia 25 tahun itu juga mengakui mereka perlu bekerja lebih keras kerana cabaran beraksi dalam saingan Liga Super adalah amat tinggi dan persaingan yang sangat sengit.

“Namun sejak bersama Negeri Sembilan, banyak perubahan berlaku dan ia memberikan keyakinan yang lebih untuk bertindak lebih agresif di barisan hadapan walaupun diturunkan sebagai pemain gantian.

“Saya akan berikan aksi terbaik apabila diturunkan walaupun dalam tempoh yang singkat, kerana seperti kata Devan, pemain gantian ada peranan besar dalam pasukan dan perlu tunjukkan kemantapan dan kematangan dalam persembahan.

“Saya sentiasa memegang kata-kata beliau itu dan akan terus berusaha membantu kejayaan Negeri Sembilan musim ini,” katanya.

Tekad penyerang lincah itu, beliau akan mengulangi segala prestasi terbaik sebelum itu untuk perlawanan akan datang menentang Kuala Lumpu City jika pengendali pasukan terus memberinya peluang.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN