‘Gelaran Ke-7 Ballon d’Or’ – Ini Sebab Messi Layak Dinobatkan Pemain Terbaik Dunia Sekali Lagi

Lionel Messi kini sah pemenang Ballon d’Or 2021. Kami yakin ramai yang gembira melihat kapten Argentina itu memenangi anugerah peribadi paling berprestij di dalam bola sepak itu. Namun kami juga tahu ramai yang pasti akan mempersoalkannya.

Ia tidak menghairankan mengapa kemenangan Messi dipersoalkan kali ini. 2021 bukanlah tahun yang baik untuk pemain itu jika dibandingkan dengan pencapaian beliau pada tahun sebelumnya.

Pada 2009 misalnya, Barcelona memenangi enam kejuaraan di mana Messi adalah bintang utama. Pada 2015, Messi adalah tunjang utama pasukan membentuk gandingan MSN untuk satu lagi gelaran treble.

Dan selepas meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu, karier pemain itu di Paris Saint-Germain (PSG) tidaklah menyerlah sebagaimana pemain-pemain lain.

Malah ramai pemain lain dicanang lebih hebat daripada Messi. Bintang Liverpool, Mohamed Salah misalnya dicanang sebagai pemain terbaik dunia berdasarkan prestasi semasa. Jorginho pula merupakan pemain penting Chelsea ketika menjuarai UEFA Champions League pada musim lalu sebelum membantu negaranya menjuarai Euro 2020. Begitu juga dengan Robert Lewandowski yang sentimental bersama Bayern Munich.

Maka dari sudut apakah Messi selayaknya menjadi pemenang Ballon d’Or pada kali ini?

Kejuaraan Copa del Rey bersama Barcelona

Musim terakhir Messi di Nou Camp pasti menjadi antara musim yang Messi mahu buang daripada ingatan – disebabkan kemelut yang melanda kelab tersebut. Tetapi ini tidak bermakna Messi gagal memenangi sebarang kejuaraan bersama Barcelona pada musim lalu.

Musim lalu, Messi masih mampu membantu Barcelona meraih kejuaraan Copa del Rey, di sebalik semua kemelut yang melanda Nou Camp.

Messi menjaringkan dua gol di perlawanan akhir untuk Barca menewaskan Athletic Bilbao 4-0. Pertandingan tersebut mungkin tidak menawarkan trofi paling berprestij dan tidak cukup untuk membantu Ronald Koeman untuk kekal.

Namun ia masih lagi dianggap sebagai salah satu kejuaraan utama dan menjadi trofi terakhir dimenangi oleh Messi bersama kelab kesayangannya itu.

Kejuaraan antarabangsa pertama

Pada tahun ini akhirnya dunia bola sepak menyaksikan Lionel Messi menjulang kejuaraan pertamanya di peringkat antarabangsa.

Lebih menarik, Messi dan Argentina menewaskan musuh tradisi dan seteru Amerika Selatan, Brazil di perlawanan akhir pertandingan peringkat benua tersebut.

Bukan sahaja Messi berjaya memenangi medal kejuaraan, beliau turut dinamakan pemain terbaik kejohanan tersebut.

Messi juga muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol, walaupun tidak menghasilkan jaringan di perlawanan akhir.

Finally, Lionel Messi won a trophy with Argentina this year.

Aksi peribadi memukau di Champions League

Ada yang berkata pemain terhebat tidak semestinya bermain dengan pasukan terbaik dunia. Itulah yang berlaku kepada Messi di pertandingan UEFA Champions League pada musim lalu.

Tewas dengan agregat 2-5 kepada PSG di pusingan kalah mati pertama pada musim lalu, Barcelona kelihatan pincang hampir di setiap bahagian kecuali Messi.

Walaupun tewas, Messi sempat menghasilkan magis menentang bakal majikannya pada ketika itu dengan gol cantik jarak jauh – yang menjadi gol saguhati.

Dan sejak berhijrah ke PSG, Messi tetap meneruskan aksi genius dan magisnya dalam pertandingan tersebut – paling kelihatan ketika menentang Manchester City.

Sedikit sebanyak jaringan-jaringan tersebut mengingatkan ramai kemampuan sebenar pemain itu, sehingga mampu meyakinkan undian daripada orang ramai.

Pemain all-rounder terbaik

Jika mahu dibandingkan dengan calon Ballon d’Or yang lain, angka kemenangan tetap menjadi milik Messi – kecuali perbandingan dengan Robert Lewandowski.

Musim lalu, hanya Lewandowski menjaringkan lebih banyak gol daripada Messi di kalangan lima liga utama di Eropah. Penyerang prolifik Poland itu menghasilkan 48 gol dalam semua pertandingan, manakala Messi menjaringkan 38 gol.

Walaupun Lewandowski dianggap lebih klinikal, Messi pula turut menghasilkan jumlah assist yang lebih tinggi.

Anda harus ingat, Lewandowski menghasilkan semua itu bersama pasukan yang lebih stabil berbanding Barcelona.

Perkara sedemikian pasti turut akan menjadi faktor yang mempengaruhi undi untuk pemenang Ballon d’Or kali ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN