Gattuso Tidak Setuju Pemain Terkesan Isu Luar Padang Punca Prestasi Hambar

AC Milan diberikan harapan yang sangat tinggi oleh penyokong dan media. Mereka membeli pemain ‘marquee’ seperti Leonardo Bonucci dan berjaya mengekalkan Gianluigi Donnarumma.

Pengambilalihan oleh usahawan dari China telah melabur sangat besar di dalam projek Milan musim ini. Daripada gagal untuk menjadi pesaing kejuaraan, mereka kemudiannya bergelut untuk mencabar kedudukan UCL.

Kini mereka dalam fasa yang sukar untuk mencabar slot UEL. Di luar padang pula mereka berhadapan dengan Financial Fair Play kerana isu pembelian pemain terlalu ramai tetapi gagal menjana keuntungan lebih besar.

UEFA memberikan mereka tempoh pada awal 2018 untuk datang mengaudit dan menyemak semula akaun mereka. UEFA sudah mencadangkan agar Milan melepaskan beberapa pemain mereka dengan harga yang betul kepada pasukan lain.

Di atas padang, prestasi mereka terus menjadi tanda tanya. Pertukaran pengurus daripada Montella kepada Gattuso buat masa ini masih belum cukup meyakinkan.

Sukar untuk menyalahkan Gattuso kerana beliau bukanlah pengurus yang berprofail tinggi. Beliau menguruskan beberapa pasukan dan kemudian dilantik menjadi pengurus Milan Primavera.

Penyokong mereka mendesak untuk mendapatkan Carlo Ancelotti ataupun Thomas Tuchel. Tetapi buat masa ini, dengan tekanan daripada FFP.

Agak sukar untuk mereka memberikan kontrak besar kepada pengurus seperti Ancelotti. Sudah pastinya mereka perlu menghubungi UEFA untuk meminta pandangan badan bola sepak Eropah itu.

Musim lalu, Montella telah meyakinkan penyokong Milan bahawa beliau pengurus yang baik dengan budget yang terhad. Tetapi apa sudah jadi dengan beliau apabila diberikan wang yang banyak dengan pembelian pemain yang banyak, Montella gagal mendapatkan keputusan terbaik.

Milan tewas di tangan Roma, Inter, Juve dan Napoli, Montella dipecat selepas seri tanpa jaringan dengan Torino pada November lalu.

Diambil alih Gattuso, Milan menjadi pasukan pertama melepaskan mata kepada Benevento. Kemudian, Ultras Milan telah menyerang Donnarumma dengan ‘banner’ membuatkan penjaga gol itu menangis.

Ahad lalu, Milan tewas di tangan Hellas Verona dalam kekalahan disifatkan Gattuso sebagai memalukan. Hellas Verona kini berada di tangga ke-19, zon penyingkiran.

Gattuso tidak mahu menjadikan masalah masalah di luar padang mempengaruhi prestasi pemain mereka,

“Senang sangat nak jadikan alasan masalah di luar padang (isu FFP) memberikan kesan kepada pemain kami. Ia tiada kaitan dengan mereka. Mereka dapat gaji mengikut jadual.”

“Di bilik pesalinan mereka tiada masalah. Kami perlu bekerja keras lagi untuk memperbaiki masalah ini supaya menjadi pasukan yang lebih berkeinginan untuk menjaringkan gol.”

Dalam perlawanan sebelum krismas, mereka akan berhadapan dengan sebuah pasukan yang sentiasa memiliki keyakinan tinggi, Atalanta. Ia adalah hari yang penting untuk Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN