Gennaro Gattuso kekal optimis tentang peluang AC Milan untuk mara ke suku akhir UEL musim ini. Dalam perlawanan pertama minggu lalu, AC Milan tewas 2-0 di San Siro di tangan Arsenal.
Gattuso akui peluang mereka untuk mara hanya 30% tetapi ianya tetap dikira peluang. Beliau memberitahu wartawan bahawa mereka akan bermain mati-matian di Emirates dan mahu pemain sedar akan nilai jersi AC Milan yang mereka pakai pada hari itu nanti.
“Kami masih ada 30% peluang untuk mara. Dan saya nak ingatkan para pemain, kami semua akan ke London bukan untuk makan angin.”
“Kami akan membawa cabaran pasukan dan harus menghormati maruah jersi yang mereka pakai.”
Gattuso pada masa yang sama fokus kepada saingan domestik dan berkata, ianya lebih baik daripada apa yang mereka miliki beberapa bulan lalu.
“Kedudukan liga akhirnya nampak elok sikit untuk kami. Objektif kami adalah apa yang berada di hadapan kami dengan cuba mendapatkan keputusan daripada perlawanan demi perlawanan selepas ini.”
“Saya agak risau kerana, kami sudah tak kalah 2 bulan sehinggalah perlawanan menentang Arsenal. Saya takut kalau ia mengganggu kami dan kami bergelut untuk menang sekali lagi. Namun mujurlah kami memberikan respon yang baik.”
Gattuso berkata demikian selepas AC Milan menang ke atas Genoa 1-0 hasil jaringan Andre Silva semalam. Perlawanan seterusnya adalah kembali fokus kepada perlawanan menentang Arsenal. 2 hari kemudian menentang Chievo dan pembukaan April menentang Juventus.