Gattuso Jelaskan Kenapa Beliau Tidak Meletakkan Letak Tanda Harga Pada Romagnoli

Siapa tidak kenal dengan Gennaro Gattuso, seorang yang penuh dengan kiasan dan sindiran serta kadangkala panas di dalam sidang media.

Terbaru wartawan bertanya kepada Gattuso, berapa tanda harga diletakkan AC Milan ke atas Alessio Romagnoli. Wartawan bertanyakan soalan itu selepas aksi cemerlang Romagnoli dalam aksi menentang Empoli. Gattuso menyatakan beliau terlupa dan tidak memikirkan langsung akan hal itu.

Ini kerana menurut Gattuso, kenapa perlu meletakkan tanda harga kepada barang yang orang tak mahu ataupun tak laku?

Gattuso berkata: “Saya tak akan meletakkan tanda harga kepada beliau. Nanti ada pula yang datang kepada kami dan mahu membeli beliau.”

“Lagipun beliau bukannya pemain yang bagus, buat apa saya mahu meletakkan tanda harga? Oleh sebab itu, mustahil ada orang yang mahukan beliau, membeli beliau dari kami.”

Gattuso menyindir beberapa media dan pundit yang sebelum ini mengecam Romagnoli sebagai ‘overrated’ dan tidak cukup bagus.

Namun sejak menyertai AC Milan, beliau menjadi tonggak penting Gattuso terutama sekali selepas Milan kehilangan Leonardo Bonucci.

Gattuso yakin Romagnoli akan terus fokus kepada AC Milan dan menjadi sebahagian penting di dalam usaha menulis semula sejarah AC Milan.

Wartawan kemudian bertanya tentang prestasi semasa AC Milan yang sangat baik.

Soalan berbunyi: “Rino, di mana kamu menjumpai batu sakti Alchemist yang membolehkan kamu menukar pemain menjadi emas?”

Gattuso menjawab: “Tolong ulangi balik, sebab dulu saya susah sangat nak graduasi.” Gattuso bergurau bahawa beliau tidak pandai sangat bermain dengan ayat penuh falsafah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN