Gattuso Akui Kedudukan Beliau Bersama AC Milan Kini Goyah

Pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso mengakui kedudukan beliau sebagai pengendali kelab tersebut kini goyah dan wajar diperdebatkan.

Komen tersebut tiba setelah kelab tersebut tewas kepada Inter Milan di dalam saingan Serie A, diikuti kekalahan memalukan ke atas Real Betis.

AC Milan kini menduduki tangga ke-12 Serie A selepas mengharungi sembilan perlawanan musim ini.

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

“Ia adalah perkara yang tepat untuk berbincang mengenai kedudukan saya,” ujar pengendali berusia 40 tahun itu.

“Ia sangat sukar untuk seorang jurulatih tidur lena selepas menyaksikan prestasi dan permainan sebegini ditampilkan. Ia adalah salah satu yang paling teruk.”

Gattuso merupakan bekas pemain tengah bersama Milan dan Itali, mulai mengambil alih kelab tersebut sejak November 2017.

Milan tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan utama sejak tujuh tahun yang lalu.

(Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Akhbar di Itali, La Gazetta dello Sport memberitahu kedudukan Gattuso masih selamat. Namun tiga perlawanan seterusnya dilihat amat penting untuk masa depan beliau bersama kelab tersebut.

“Saya risau, kecewa dan marah, terutama terhadap diri sendiri. Saya tidak peduli mengenai situasi diri sendiri. Saya berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

“Saya akan menjadi orang pertama yang mengambil tanggungjawab atas situasi semasa. Saya terkesan dengan keputusan tersebut. Saya melatih sebuah kelab yang hebat, dan saya harus mengambil tanggungjawab ke atas apa yang sudah berlaku.

(Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)

“Ia bukan mengenai formasi dalam permainan. Pasukan ini sudah lama hilang identiti. Apa yang kita saksikan tidak membuat saya gembira.

“Mungkin saya dan staf kejurulatihan tidak membuat kerja dengan baik, atau kami tidak boleh menjelaskan permainan yang ditampilkan.

“Kekalahan tersebut tidak menyakitkan. Ia apa yang ditampilkan di atas padang yang menyakitkan.

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

“Kami tidak menampilkan aksi yang seharusnya AC Milan lakukan. Apa yang paling merisaukan saya sekarang ialah kerapuhan diri dan mentaliti semua pemain.

“Anda harus faham mengapa api perjuangan itu padam,” jelas Gattuso yang nyata kecewa dengan apa yang beliau saksikan di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN