Gatal Pergi Buat ‘Headbutt’ Ala Zidane, Pemain Liga Austria Digantung 48 Perlawanan

Liga Austria

Cari lagi penyakit, kan dah mendapat.

Seorang pemain di divisyen bawahan Liga Austria telah menerima padah kerana tindakan beliau yang melampaui emosi.

Raschid Arsanukaev yang merupakan pemain pasukan Viktoria Bregenz telah mengambil tindakan yang bodoh apabila melakukan headbutt ala Zinedine Zidane.

Ianya berlaku ketika perlawanan divisyen sembilan Liga Austria menentang SPG Göfis.

Patah hidungnya!

Ketika insiden berlaku, Arsanukaev sudah pun mengutip satu kad kuning perlawanan.

Kejadian yang berlaku dipenghujung permainan menyaksikan Arsanukaev bertindak di luar kawalan dengan melakukan headbutt kepada pemain lawan di bahagian muka.

Perbuatan beliau telah menyebabkan pemain lawannya itu patah hidung!

Pengadil kemudiannya tidak berfikir panjang lantas memberikan kad kuning kedua kepada Arsanukaev.

Hukuman melampau

Perbuatan Arsanukaev itu kemudiannya dirujuk kepada Persatuan Bola Sepak Vorarlberg untuk ditentukan hukumannya.

Selepas penelitian dilakukan, Arsanukaev dijatuhkan hukuman pergantungan sebanyak 48 perlawanan!

Dengan jumlah perlawanan sebanyak itu, beliau hanya akan dibenarkan untuk beraksi semula pada musim luruh 2023.

Lebih malang buat Arsanukaev apabila tindakan ganas beliau itu juga turut dikesan oleh pihak polis dan satu laporan telah pun dibuat.

Pihak mahkamah tempatan sudah pun menerima laporan tersebut namun setakat artikel ini ditulis, nasib pemain berasal dari Rusia tersebut belum lagi dapat dipastikan.

Sementara bagi pemain yang patah hidung itu, dia dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan dan terpaksa berehat untuk beberapa minggu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN