Gary Neville Mengaku Pengalaman Valencia Perit Baginya, Tak Mahu Jadi Jurulatih Lagi

Jelas sekali, apa yang dihadapi oleh Gary Neville tidak semudah yang kita sangka.

Bekas pengurus Valencia dan penolong pengurus England ini jelas merasakan tempoh beliau sebagai ketua jurulatih Valencia sungguh ‘memeritkan’.

Disebabkan inilah Neville merasakan beliau tidak akan kembali lagi ke dunia kejurulatihan.

Tidak bersedia dengan cabaran yang menanti

Bercakap kepada Guillem Balague untuk rancangan Revista Bitesize, Neville mengatakan beliau merupakan individu yang perlu dipersalahkan diatas kegagalan Valencia ketika beliau menjadi pengurus.

gary-neville

Neville berkata dimana beliau sendiri tidak peka dengan cabaran yang ada di Valencia sebelum tiba di Sepanyol.

“Saya sepatutnya tidak boleh ke Sepanyol dan menjadi pengurus Valencia dan salahkan keadaan di sana sebagai punca saya gagal.”

Tidak tahu bercakap bahasa Sepanyol

Neville turut tak menafikan kegagalannya menguasai bahasa Sepanyol sebagai salah satu punca beliau gagal di Valencia. Tetapi itu buakn satu-satunya punca kegagalan beliau.

“Waktu itu, saya tidak tahu bercakap bahasa Sepanyol dan kami sering bernasib malang. Terlalu banyak peluang yang kami bazirkan.”

“Kenapa saya gagal? Sebab saya tidak bercakap bahasa Sepanyol. Saya juga tahu ada masalah di bilik persalinan tetapi saya tak cuba untuk selesaikannya.”

gary-neville-alvaro-negredo-valencia-lyon-champions-league_3386558

Kegagalan Neville berbahasa Sepanyol mungkin boleh dimaafkan kerana sekurang-kurangnya beliau cuba belajar dengan mengambil kelas bahasa Sepanyol 4 kali seminggu.

Namun keputusannya menjadi pengurus Valencia menggambarkan dirinya yang tak berfikir panjang sebelum menerima tawaran tersebut.

“Saya tahu itu adalah cabaran terbesar apabila kita tak boleh bercakap dalam bahasa tempatan. Tapi mendapat tawaran dari kelab sebesar Valencia terlalu sukar untuk ditolak.”

“Bila lagi saya nak dapat peluang macam ini? Seorang pengurus Inggeris menguruskan salah satu kelab terbaik di Sepanyol.”

Kali terakhir pengurus Inggeris menguruskan kelab Sepanyol adalah Bobby Robson (Barcelona) pada tahun 1996.

article-2570009-022e32010000044d-7_634x423

Meskipun dicemuh peminat bola sepak atas kegagalan beliau di Valencia, Neville merasakan pelajaran yang beliau dapat di Sepanyol mengajar beliau untuk lebih menghargai pengalaman hidup di tempat orang.

 

Terlalu cepat menghukum

Neville juga merasakan beliau terlalu cepat dihukum oleh orang atasan tidak kira di peringkat kelab atau negara.

“Saya rasakan bola sepak kelab ini terlalu cepat menghukum kegagalan seorang pengurus.”

Neville dipecat selepas 4 bulan di Mestalla, hanya memperoleh 3 kemenangan dari 16 perlawanan liga.

valencia-eibar-neville

Walaupun beliau merupakan staf belakang tabir paling lama berkhidmat bersama Roy Hodgson dalam pasukan England, Neville tetap juga di buang oleh England FA.

“The FA dan Hodgson menghabiskan masa selama 4 tahun bersama saya dalam pasukan England. Tapi saya juga tetap dibuang walaupun saya orang yang paling lama di situ.”

Menurut Neville, jurulatih muda tidak patut dinilai menerusi rekod kekalahan atau kemenangan mereka.

Jangan kritik sahaja, tunjukkan jalan penyelesaian

Gary Neville turut membidas ketua eksekutif England FA iaitu Martin Glenn kerana menuduh ramai bekas pemain menjadi penganalisis bola sepak di stesen televisyen kerana wang.

“Dia bising bila bekas pemain menjadi penganalisis di stesen televisyen. Tapi jangan pandai kritik sahaja. Sebaliknya tunjukkan jalan penyelesaian.”

“Belanda adalah jalan penyelesaiannya, Barcelona juga ada. Mereka berikan jalan kepada jurulatih muda untuk maju dan mereka pastikan jurulatih muda itu maju.”

Neville kini kembali menjadi penganalisis di Sky Sports disamping menjadi pemilik Hotel Football yang terletak berhampiran Old Trafford.

Selain itu, beliau menjadi pemilik bersama kelab amatur Salford City yang dimiliki juga oleh Ryan Giggs, Paul Scholes, Nicky Butt dan Phil Neville.

Baca juga: 3 Perkara Yang Seorang Penyokong EPL Belajar Daripada Pengalaman Gary Neville Di Valencia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN