Gary Neville & Rakan-Rakan Ceburi Bidang Institusi Pengajian Tinggi, Lancar Universiti Akademi 92′

Gary Neville dan bekas rakan sepasukan beliau di Manchester United akan menceburkan diri ke dalam bidang baru dengan menubuhkan sebuah universiti. Universiti berkenaan akan menawarkan program-program berkaitan sukan, media dan juga keusahawanan, dan akan dibina berdekatan dengan Old Trafford.

Istitusi pendidikan berkenaan akan dipanggil Universiti Academi 92′ dan merupakan satu lagi usahasama Ryan Giggs, Nicky Butt, Paul Scholes dan juga adiknya Phil sebagai pelabur utama projek berkenaan.

(Photo by AMA/Corbis via Getty Images)

Perkhabaran pembinaan universiti tersebut dilaporkan oleh tabloid di bandar Manchester sebelum disahkan oleh Gary Neville di akaun twitter miliknya, dengan satu muat turun yang tertulis- “Sangat berbangga.”

Kertas kerja pembinaan institusi pendidikan berkenaan menunjukkan ia akan dibina di Stretford. Universiti Akademi 92′ tidak akan berdiri sendiri. Tetapi ia merupakan cawangan kepada Universiti Lancaster, dan dijangka akan beroperasi menjelang September 2019 di Talbot Road.

Dengan pembinaan Universiti Akademi 92′, ini bermakna kedua-dua buah kelab Manchester, City dan United memiliki institusi pendidikan sukan mereka sendiri dan dibina bersebelahan dengan stadium masing-masing.

Bekas bek kanan Manchester United dan England itu dikatakan telah berunding dengan Majlis Perbandaran Trafford, syarikat pembinaan Bruntwood, Kolej Trafford dan juga Microsoft untuk satu kerjasama, demi memastikan pusat pengajian tinggi dengan konsep baru itu satu realiti.

Semua pihak mahukan universiti berkenaan sebagai yang pertama dengan konsep sedemikian di United Kingdom, menawarkan program berkaitan sukan, media dan keusahawanan, meliputi program internship di Microsoft atau syarikat-syarikat lain yang akan menyertai mereka kemudian.

Neville sentiasa mempercayai bahawa kejayaan tidak diraih hanya dengan adanya bakat dan nsaib. Tetapi kejayaan sepatutnya diukur tanpa sebarang had jika persiapan yang sepatutnya dilakukan.

https://twitter.com/MrAlexConnock/status/910812007116439553

Neville dipetik sebagai berkata:

“Sasaran kami ialah agar graduan keluaran UA92 bukan sahaja tamat pengajian dengan kelayakkan akademik.”

“Lebih dari itu mereka dibentuk dengan kebolehan-kebolehan lain seperti bagaimana untuk menangani tekanan, kebijaksanaan dalam pengurusan kewangan, sifat kepimpinan dan kebolehan penyampaian yang mampan, serta tahu bagaimana untuk mengekalkan tubuh badan dan minda yang sihat.”

(Photo by John G/Allsport/Getty Images)

“Dengan kata lain, graduan akan tamat pengajian dengan komponen dan pakej yang lengkap untuk berjaya di dalam karier masing-masing.”

Universiti berkenaan juga akan merangka program serta memberi lebih banyak peluang kepada golongan kurang upaya untuk menceburkan diri selain daripada kurikulum tersendiri yang berasaskan bakat.

Sumber:

1. Times Higher Education (2017): Gary Neville joins with Lancaster to create University ’92; https://www.timeshighereducation.com/news/gary-neville-joins-lancaster-create-university-92

2. Imogen Cooper, The Guardian (2017): Manchester United’s ‘class of 92’ unveil plans to open university; https://www.theguardian.com/education/2017/sep/20/manchester-uniteds-class-of-92-unveil-plans-to-open-university

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN