Gary Neville menyalahkan pengurusan tertinggi Manchester United selepas satu lagi kekalahan memalukan kepada Newcastle United.
Malah pemain pertahanan itu berkata setiap daripada mereka [pengurusan tertinggi] harus memikul tanggungjawab untuk prestasi buruk pada hari ini disebabkan keputusan yang kurang bijak di dalam pengurusan sejak beberapa musim lalu.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tewas 1-0 kepada Newcastle United, hasil jaringan pemain yang pertama kali diturunkan, Matty Longstaff.
Manchester United can’t stop breaking records…?
Steve Bruce just won his first ever match against the Red Devils ?
In 23 attempts ? pic.twitter.com/Z9dJLOdc5e
— Goal (@goal) October 6, 2019
Bercakap di Super Sunday, Neville tidak berselindung mengenai siapa yang harus dipersalahkan untuk prestasi buruk United musim ini, dengan menyalahkan Lembaga Pengarah di kelab tersebut.
“Apabila beraksi di tempat lawan, pasukan ini tidak disiapkan untuk memenangi perlawanan dari segi mentaliti. Mereka membiarkan perlawanan berlanjutan.
“Mereka [pemain] beraksi ok dalam perlawanan-perlawanan, tetapi ia tidak cukup, dan mereka tidak klinikal.
“Kualiti sebegini tidak betul, kekuatan pasukan ini juga tidak cukup baik, dan mereka seperti mengambil satu langkah ke belakang.
“Bahagian pengambilan pemain sangat teruk untuk bermusim lamanya, dan pemain-pemain ini diambil bergantung kepada corak permainan pengurus-pengurus sebelum ini.
Another game, another defeat! ?@ManUtd may not finish in the top four, Solskjaer has admitted.#MUFC #NEWMUN https://t.co/lkM6ls2Ouk
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) October 7, 2019
“Sekarang mereka perlu menetapkan satu corak permainan, cari cara baharu untuk membeli dan mendapatkan pemain yang betul.
“Pasukan ini telah membawa masuk tiga pemain yang betul pada musim panas lalu, dan prestasi mereka setakat ini juga okay. Tetapi skuad ini memerlukan lima sehingga enam pemain baharu.
“Mereka memerlukan seorang pemain pertahanan tengah, seorang bek kiri, dua pemain tengah, seorang pemain sayap dan seorang penyerang yang berkualiti.
“Lima atau enam pemain ini akan menyebabkan kelab terpaksa berbelanja besar. Sudah tentu kita berharap perkara ini boleh dibantu oleh pemain muda yang ada di kelab ini, kerana mereka juga adalah pemain yang berbakat.
“Sekarang ini Lembaga Pengarah harus bertenang. Semua ini adalah salah mereka sendiri kerana membeli pemain yang salah, membawa masuk pengurus yang salah.
“Selama ini mereka [Lembaga Pengarah] mengikut apa pengurus mahukan yang mempunyai arah bola sepak yang berlainan. Ole Gunnar Solskjaer juga mempunyai arah permainan yang berbeza.
“Apabila anda mengubah pengurus dan arah/corak permainan setiap dua tahun, dan terpaksa melabur sehingga £250 juta setiap kali ia terjadi, anda akan berhadapan dengan masalah besar seperti hari ini.
Simply…irrelevant? ?@ManUtd have some serious issues at the moment. ?#MUFC #NEWMUNhttps://t.co/o1PYrH1eM4
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) October 6, 2019
“Apa yang berlaku di Manchester United pada hari ini adalah hasil keputusan buruk yang dilakukan di peringkat pengurusan tertinggi. Hati ini Ole Gunnar Solskjaer memerlukan banyak masa untuk melakukan kerja pembaikan dan perbersihan. Ia perlu dilakukan selepas segala perkara mengarut yang berlaku sebelum beliau.
“Dan jika Man United membawa masuk pemain yang betul pada tiga atau empat jendela perpindahan seterusnya, itu kerana mereka telah membina asas. Jika mereka mengulangi kesilapan lalu, kelab ini akan terus merana.
“Musim ini kita akan melihat secara berterusan saat-saat sukar untuk Manchester United. Anda boleh melakukan inkues selepas setiap perlawanan, tetapi pada akhirnya mereka perlu membeli pemain yang betul sesuai dengan cara permaianan yang mahu ditampilkan dan kekal dengan idea sebegitu.
G Neville: “Manchester United are basically now getting the pain they deserve for poor decisions at board level.” #mufc [Sky]
— United Xtra (@utdxtra) October 6, 2019
“Buat masa ini tiada perkara lain yang boleh dilakukan. Mereka tidak boleh tergesa-gesa. Anda tidak boleh berharap kelab ini terus mendapatkan pemain yang sesuai pada Januari. Ini kerana akan ada kelab yang tidak membenarkan pemain untuk pergi [pertengahan musim].
“Anda perlu membawa masuk pemain yang benar-benar berkualiti dan mereka juga harus melepaskan beberapa pemain untuk pergi – dan ini perlu dilakukan dengan seberapa segera.
“Tiada jalan pintas, dan proses ini harus dilakukan secara berkala. Harapan saya ialah, walaupun ketika ini Man United mencatatkan keputusan buruk, mereka tidak keluar dari landasan untuk terus membentuk pemain muda untuk menjadi sebuah pasukan yang progresif. Tidak boleh dinafikan mereka juga memerlukan kualiti dan juga pengalaman untuk berbuat demikian.”