Gary Neville Sifatkan Jack Wilshere Pemain Tengah Terbaik England Ketika Ini

Pada era moden, England mempunyai beberapa pemain tengah yang cukup hebat dalam sejarah mereka.

Frank Lampard, Steven Gerrard dan Paul Scholes antara nama-nama yang kekal dalam sejarah bola sepak England sebagai pemain tengah terhandal negara itu dalam era moden.

Namun ketiga-tiga pemain itu sudah bersara, jadi siapakah pemain tengah terbaik di England ketika ini?

Penganalisis Sky Sports iaitu Gary Neville berasakan pemain Arsenal iaitu Jack Wilshere merupakan pemain tengah terbaik England ketika ini.

Beliau berasakan Wilshere mampu untuk beraksi untuk mana-mana pasukan di Premier League mahupun mana-mana pasukan di Eropah.

“Saya rasakan Jack Wilshere merupakan pemain tengah terbaik England terbaik ketika ini. Beliau berada di tahap yang lebih tinggi berbanding pemain tengah England yang lain.”

“Beliau boleh bermain untuk mana-mana pasukan di Premier League dengan mudah. Malah, beliau juga boleh bermain bersama pasukan Eropah jika beliau mahu.”

Neville yang berkerja bersama-sama Wilshere dalam pasukan kebangsaan England melihat pemain tersebut sebagai satu-satunya pemain tengah negara itu yang berada pada tahap yang cukup cemerlang.

Walaupun di Premier League ada pemain tengah England yang tidak kurang hebatnya seperti Dele Alli dan Ross Barkley, namun Neville meletakkan kedua-dua pemain itu sebagai pemain penyerang (forward).

Wilshere dan juga Neville pernah berkerjasama dalam pasukan kebangsaan England.

Akan tetapi, disebalik pujian yang diberikan. Neville mengatakan kecederaan yang dihadapi Wilshere membataskan pemain itu untuk berjaya dalam bola sepak.

“Masalah yang ada pada beliau adalah isu kecederaan dan juga kecergasan. 2 isu tersebut membuatkan beliau tidak boleh diharapkan oleh pasukan pada setiap masa.”

“Prestasi yang diberikan oleh beliau pada setiap perlawanan adalah cukup baik. Namun begitu, pasukan tidak boleh mengharapkan beliau sepanjang masa. Tidak semua perlawanan beliau boleh main.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN