Gary Neville: ‘Matic, Herrera, Mkhitaryan Hancur Di Tengah, United Tiada Rentak’

Gary Neville memberikan penilaian beliau ke atas kekalahan Manchester United di tangan Chelsea dengan jaringan 1-0 di Stamford Bridge.

Neville berpendapat, barisan tengah United kena ‘serbu’ teruk oleh pasukan Chelsea. United gagal untuk bersaing di zon bulatan tengah. Chelsea dominan terutama sekali N’golo Kante.

Eden Hazard dan Fabregas membuatkan barisan tengah Manchester United huru hara. Musim lalu, Eden Hazard ‘didiamkan’ oleh Herrera dalam sistem ‘tight man marking’. Tetapi semalam, Hazard sangat bebas.

Matic, Herrera dan Mkhirtaryan, semuanya gagal memberikan impak di tengah. Alvaro Morata memberikan kemenangan kepada Chelsea menerusi gol tandukan berkelas dunia.

Kekalahan yang membuatkan United ketinggalan 8 mata di belakang City. Menurut Neville lagi, ketiadaan Pogba membuatkan barisan tengah United hilang karakter ‘angkuh’ di bahagian tengah.

Barisan tengah United tiada kemampuan untuk menggerakkan bola dengan laju. Mereka agak rapuh dalam aspek-aspek pertarungan yang penting.

“Rasanya, Manchester United ‘dibunuh’ di tengah. Sejak perlawanan menentang Liverpool, Jose Mourinho gagal untuk memberikan nafas baru di kawasan itu. Saya rasa, Matic Herrera dan Mkhitaryan kena serbu teruk di tengah.”

“Kante melakukan tugas beliau dengan baik sekali, Bakayoko kerap berlari keluar, Hazard dan Fabregas sanggup turun ke bawah dan mengawal perlawanan.”

“United gagal untuk menguasai kawasan tengah tersebut. Rumus mudah, jika anda menguasai bahagian tengah dalam perlawanan besar, urusan anda berjalan lancar dan Chelsea melakukannya hari ini.”

“Rasanya, Pogba dirindui untuk perlawanan besar ini kerana keyakinan beliau dan sifat ‘angkuh’ di tengah. Pogba akan membawa bola ke kawasan padat (zon 14), memegang (hold) bola dan cuba mengatasi pemain lawan.”

“Carrick pun sama, jika dia ada, dia akan melakukan banyak hantaran kepada penyerang, ke sisi pertahanan dan rasanya 2 pemain ini akan memberikan perbezaan dalam perlawanan besar.”

“Jika anda tiada ketenangan dan kualiti di tengah, anda akan bergelut. Hantaran tidak terhubung dengan peman lain, sedangkan Chelsea memiliki rentak yang baik dalam hantaran mereka. Chelsea ada rentak tetapi United cuma ada detik tertentu.”

“Bagi saya, Fabregas adalah pemain terbaik perlawanan kerana dia mengawal perlawanan ini dan itu adalah perbezaan paling besar dalam perlawanan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN