Gary Neville menyatakan bahawa musim hadapan, Manchester United tidak akan menjadi pencabar kejuaraan liga. Ini kerana masih banyak perkara perlu diperbaiki.
Neville tidak bersetuju dengan teori bahawa, tiadanya UCL membolehkan United mengurangkan lagi tekanan. Sebaliknya, cabaran adalah lebih besar dengan adanya jadual UEL yang dimainkan pada Jumaat.
Neville menjangkakan United tidak akan menjadi pencabar kejuaraan liga sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.
Lantas, Neville berpendapat: “Ianya memerlukan sekurang-kurangnya 2 musim untuk Man. United kembali semula sebagai pencabar kejuaraan liga.”
Manchester United kehilangan malam UCL pada musim 2019/20. Dan musim hadapan merupakan musim pertama Ole Gunnar Solskjaer menguruskan pasukan tersebut untuk musim penuh.
“Banyak perkara perlu diperbaiki di sini. Tanpa melakukan perubahan pada beberapa pemain, ianya mustahil untuk United menjadi juara liga dalam masa 2 tahun lagi.”
Manchester United masih lagi berusaha menjuarai EPL sejak kali terakhir 2013 – pada musim terakhir Sir Alex Ferguson.
Solskjaer pastinya sedar akan cabaran lebih besar menanti beliau selepas ini. Beliau memulakan karier sebagai interim dengan sangat cemerlang. Namun mengakhiri musim dengan 2 kemenangan daripada 12 perlawanan dalam semua pertandingan – sebagai pengurus tetap.
Manchester United setakat ini sudah menandatangani bintang muda Swansea City, Daniel James. Mereka masih dalam proses memburu beberapa lagi sasaran dalam jendela perpindahan.