Gary Neville Kutuk Real Madrid Kerana Jadi Pembuli Pasukan Kebangsaan Sendiri

Real Madrid menjadi sasaran ramai pihak selepas tindakan mereka mengumumkan perlantikan Lopetegui mengundang masalah. Ia telah membuatkan RFEF terpaksa mengambil tindakan keras.

Ramai juga pembaca kami menyamakan kes Lopetegui sama dengan Luis Aragones, Van Gaal dan Conte yang masing-masing diumumkan sebelum berakhirnya Piala Dunia dan Euro. 2 jurulatih tersebut tidak menandatangani kontrak baharu dengan pasukan.

Jadi, di Eropah, apabila kontrak kurang 6 bulan, pemain ataupun jurulatih dikira ejen bebas. Berbeza dengan Lopetegui yang baru sahaja melanjutkan kontrak 2 tahun dengan Sepanyol untuk kekal sehingga 2022.

Presiden RFEF menganggap perbuatan Lopetegui itu sebagai tidak beretika dan beliau sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak RFEF serta menghormati kontrak.

Penganalisis dan pengkritik bola sepak Gary Neville menyalahkan Real Madrid dalam hal ini. Neville memuji tindakan tegas RFEF dalam berhadapan dengan isu ini.

“Saya sebenarnya rasa pihak FA Sepanyol melakukan perkara yang betul untuk memecat jurulatih mereka.”

“Pada masa ini, sepatutnya seluruh negara bersatu dalam keadaan ini.”

“Jujurnya, saya merasakan tindakan (Real Madrid) ini adalah membuli ataupun bahasa lainnya, tidak menghormati pasukan kebangsaan.”

Neville tidak menafikan faktor duit menjadi sebab kenapa Lopetegui menerima tawaran daripada Real Madrid walaupun masih ada kontrak dan tidak meletak jawatan terlebih dahulu.

Real Madrid mungkin patut menunggu kempen Piala Dunia Sepanyol berakhir dan Lopetegui meletakkan jawatan terlebih dahulu.

Neville juga berpendapat, banyak kelab besar tidak menjalinkan hubungan yang baik dengan pasukan kebangsaan.

“Bagi saya, kelab-kelab besar ini tidak begitu kisah dengan pasukan kebangsaan. Mereka lebih mementingkan diri sendiri untuk memastikan mereka mendapatkan yang terbaik. Mereka tak kisah pun tentang keperluan pasukan kebangsaan.”

“Realitinya, kelab membayar gaji pemain (jauh lebih besar) dan mereka merasakan mereka lebih berkuasa. Perkara yang sama mungkin sedang berlaku di England sekarang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN