Gary Neville Tembak Penyokong Hipokrit Yang Menentang Kontrak Mewah Lingard!

Neville

Twitter Gary Neville sekali lagi meletus selepas berita kontrak mewah Jesse Lingard. Jesse Lingard telah bersetuju untuk kekal bersama Manchester United apabila menandatangani kontrak baharu selama 4 tahun.

Tabloid Inggeris melaporkan Lingard akan memperolehi pendapatan sekitar £100,000 seminggu.

Jesse Lingard menandatangani kontrak baharu bersama Man United

Jumlah pendapatan baru yang diperolehi Lingard jelas tidak dipersetujui oleh segelintir daripada penyokong The Red Devils.

Jesse Lingard jelas pemain yang sentiasa membuatkan penyokong United berpecah pandangan dalam isu membabitkan beliau.

Ia sentiasa begitu membabitkan pemain di Old Trafford. Pemain seperti Cristiano Ronaldo, Darren Fletcher dan Michael Carrick sering menimbulkan perdebatan di kalangan penyokong mereka.

Jesse Lingard adalah pemain terbaru yang sering mencetuskan perdebatan di kalangan penyokong.

Aksi Lingard ketika seri 1-1 menentang Everton

Walaupun terdapat suara tidak bersetuju dengan pendapatan yang diperolehi Lingard kerana membandingkannya dengan sumbangan yang diberikan, sesetengah pihak di Old Trafford tetap mempertahankan Lingard.

Alasan mereka mudah. Jesse Lingard sering menjaringkan gol penting untuk United. Lingard menjaringkan gol dalam final F.A Cup musim lepas dan sekali lagi ketika Man Utd menjuarai EFL Cup Februari lalu.

Jesse Lingard bersama Juan Mata.

Bekas kapten Man United, Gary Neville juga punyai pandangan beliau tersendiri.

Neville pertahankan kontrak Lingard dan tembak penyokong hipokrit

Setelah Mark Odgen dari ESPN FC menyatakan beliau punyai dua pandangan berbeza seperti rata-rata penyokong Man United lain, Neville tampil mempertahankan kontrak yang diperolehi Jesse Lingard.

Neville mempersoalkan kenyataan Mark Ogden.

Perang media sosial.

Mark menyatakan 70% penyokong Manchester United tidak sukakan Lingard. Pelik!

Neville mempersoalkan, layakkah golongan itu dipanggil penyokong United?

Neville kemudian mengeluarkan kenyataan:

“Mereka tidak layak digelar penyokong Manchester United jika mereka ‘menentang’ pemain yang sudah bermain untuk kelab sejak berusia 7 tahun.”

Masuk pula komen seorang peminat dengan soalan sinikal. Asal pemain itu bermain sudah lama dengan kelab, maka mereka akan diberikan kontrak besar?

Neville menjelaskan, tidak semestinya. Sebaliknya Neville berpendapat pemain dari akademi /homegrown yang berjaya dipromosi ke pasukan utama wajar diberikan sokongan!

Apa pendapat penyokong Manchester United di Malaysia? Anda bersetuju dengan Neville? Kami ingin mendengar daripada anda. Sila beri pandangan anda di ruangan komen.

Baca juga: Junior Eldstal Berehat Panjang, Muat Naik Status Menyentuh Perasaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN