Gary Neville memberikan sokongan beliau kepada Marcus Rashford, selepas pemain itu gagal menyempurnakan penalti menentang Crystal Palace, di mana Man. United tewas dalam 1-2 dalam aksi tersebut.
Neville juga menyatakan beliau faham apa yang dihadapi oleh Rashford, pastinya pemain itu bersedih kerana gagal menyempurnakan penalti.
Neville berkata: “Kegagalan penalti oleh Rashford [vs Crystal Palace] adalah sukar untuk dielakkan. Ini mengambil kira situasi tersebut.”
“Saya tiada masalah dengan pemain yang gagal menyempurnakan penalti. Ianya sukar, kerana hari ini, para penjaga gol sangat lincah. Mereka turut melakukan banyak kerja rumah dalam mengkaji pengambil sepakan penalti.”
Gary Neville: “The penalty miss (Rashford vs Crystal Palace) is probably inevitable based on the situation created the other night. I don't have a problem with anyone missing a penalty, they're very difficult & goalkeepers these days are so agile, they do all the homework.” #MUFC
— MUFC Scoop (@MUFCScoop) August 25, 2019
“Rashford gagal menyempurnakan penalti itu, jelas sekali ia detik yang sukar untuk beliau. Penalti itu bukannya perkara yang paling teruk, sebaliknya keputusan perlawanan – kalah di tangan Palace di tempat sendiri.”
Komen Gary Neville itu mengundang kecaman ramai pihak. Ini kerana sebelum ini beliau menembak Pogba dengan teruk ketika pemain itu gagal menyempurnakan penalti.
Ada yang menuduh Gary Nevelle pilih kasih dan melayan Rashford berbeza kerana pemain itu orang Inggeris.
Neville sebelum ini pernah menuduh Pogba sebagai mementingkan diri sendiri kerana mengambil tugasan daripada Rashford yang disifatkan Neville pengambil sepakan penalti lebih baik.
Neville juga mahu Pogba sedar bahawa beliau tidak sehebat Rashford dalam mengambil sepakan penalti, dan tidak layak untuk merampas tugasan itu daripada Rashford.
Neville berkata: “Saya tidak gembira sebelum penalti itu diambil lagi. Lihat kembali aksi menentang Chelsea, Rashford mengambil penalti itu. Pogba datang kepada Rashford dan mereka berbincang agak lama.”
“Hari ini [penalti menentang Wolves], mereka turut berbincang lama juga. Kenapa perlu berdebat, siapa yang patut sepak penalti itu?”
“Pogba gagal menyempurnakan 4 penalti dalam 12 bulan. Jadi, kamu fikir beliau harus diberikan peluang itu [lebih daripada Rashford].”
“Rashford skor minggu lalu [menentang Chelsea].”
“Saya tidak berpuas hati dekat Pogba yang saya rasa, kamu adalah tipikal manusia mementingkan diri sendiri, kenapa kamu cuba mencuri penalti orang lain.”
Gary Neville on Pogba's penalty miss…
🗣" I was fuming with him, it's typical you… you're selfish" pic.twitter.com/FtIzNrQ7Qp
— Football Daily (@footballdaily) August 19, 2019
Namun begitu, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau tiada masalah dengan perkara itu. Hal ini kerana Pogba dan Rashford merupakan 2 pengambil sepakan penalti utama pasukannya.
Oleh sebab itu, 2 pemain itu diberikan kebebasan untuk berbincang siapa yang patut mengambilnya.
Rashford, ketika itu, turut memberikan sokongan kepada Pogba dan menyatakan bahawa, Pogba sudah banyak menyempurnakan penalti kerana beliau adalah pengambil penalti yang bagus.
Komen Gary Neville itu tidak disenangi oleh Andy Cole yang menyifatkan Neville melampau di dalam komen beliau.
Cole berkata: “Kenapa kamu terlalu marah dengan penalti yang Pogba gagal sempurnakan sedangkan penjaga gol membuat ‘save’ yang sangat baik.”
“Apabila kamu mulai membangkitkan isu pengkhianat [kerana merompak penalti daripada rakannya], ayuhlah, ini bola sepak, ini sukan. Kita kena realistik sikit.”