Gary Cahill: “Kami Akan Rindukan Awak, Diego Costa”

Kapten Chelsea, Gary Cahill memberitahu yang pemain-pemain di kem Chelsea akan merindui Diego Costa pada musim baru. Ini selepas Diego Costa tiada dalam perancangan Antonio Conte.

Diego Costa telah menjadi penjaring terbanyak untuk The Blues dalam kesemua 3 musim beliau di Stamford Bridge. Beliau juga memiliki 2 kejuaraan EPL dan 1 Piala Liga dengan pasukan Chelsea. Gary Cahill bercakap kepada talkSPORT:

“Kami akan merindui beliau sebagai seorang pemain. Diego Costa adalah Diego Costa. Beliau penjaring gol. Beliau seorang yang penuh watak dan juga personaliti di dalam padang.”

“Beliau akan menjadi kehilangan besar bagi kami. Baru-baru ini, kami menerima Alvaro Morata di dalam skuad. Saya yakin ia adalah penambahan yang baik untuk skuad ini.”

“Namun, anda akan sentiasa merindui pemain ‘besar’ seperti Diego Costa.”

Antonio Conte masih dengan pendirian beliau untuk tidak menyenaraikan Diego Costa di dalam skuad. Dan memberitahu yang jendela perpindahan di Chelsea masih terbuka untuk pemain masuk dan keluar. Conte berkata:

“Setiap musim, rasanya semua pasukan besar akan cuba memperbaiki kualiti skuad mereka.”

“Yang pasti, pasukan-pasukan seteru Chelsea ini sangat kuat. Mereka telah memperbaiki pasukan mereka dengan banyak sekali.”

“Oleh sebab itu, cabaran untuk pasukan Chelsea semakin sukar. Saya berharap untuk memperbaiki lagi kualiti skuad ini. Jendela perpindahan kami masih terbuka.”

“Kami mahu menjadi kompetitif dan cuba berjuang mempertahankan gelaran liga musim ini. Kelab saya tahu akan keutamaan yang saya letakkan sekarang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN