Garnacho & Onana Pamer Simpati Buat Faisal Halim

Dua bintang Manchester United iaitu Alejandro Garnacho bersama Andre Onana antara yang turut menzahirkan rasa simpati kepada nasib malang dihadapi oleh penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ianya dikongsikan sendiri oleh Stadium Astro menerusi media sosial Instagram apabila kedua mereka memberi ucapan khas buat bintang Harimau Malaya itu yang menjadi mangsa suatu jenayah beberapa hari lalu.

Sebelum itu, Faisal telah pun disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali ketika beliau bersama keluarga sedang berada di sebuah pasaraya sekitar Petaling Jaya.

Kesan simbahan asid itu menyaksikan sebahagian besar tubuh Faisal melecur teruk serta memerlukan rawatan lebih lanjut di sebuah hospital swasta menerusi beberapa pembedahan.

Tragedi menimpa bintang Selangor itu jelas bukan sahaja diberi perhatian dalam kalangan pemerhati bola sepak Malaysia, malah negara negara lain turut memberi tumpuan mengenainya.

Sehingga dua pemain United iaitu Garnacho serta Onana turut tampil menzahirkan rasa simpati kepada anak jati Pulau Pinang itu di media sosial.

“Hai, helo Faisal. Kami tahu apa berlaku kepada kamu dan ia merupakan detik sukar untuk kamu dan situasi sukar turut melanda keluarga kamu kini.

”Saya dan Garnacho di sini ingin mengucapkan segalanya yang terbaik buat kamu dan terus kuat dan saya sendiri sudah menyatakan kepada rakan sepasukan lain dan kami semua akan terus bersama kamu,” ujar Onana.

Manakala Garnacho pula turut berharap supaya Faisal terus kuat menghadapi ujian melanda beliau kini yang dianggap sangat sukar untuk dihadapi oleh mana-mana pemain lain.

Selain itu, beberapa persatuan bola sepak di sekitar Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, serta Singapura juga turut mendoakan supaya Faisal kembali sembuh pada masa hadapan.

Perkembangan semasa kini menyatakan Faisal tampil positif selepas melalui beberapa pembedahan dan menghadirkan rasa gembira buat semua peminat bola sepak kebangsaan.

Walaupun begitu, pemain sayap Selangor itu dijangka akan terlepas peluang untuk beraksi di atas padang pada musim ini selama beberapa bulan untuk sembuh kembali.

Kami di Semuanya BOLA sendiri mendoakan supaya Faisal cepat sembuh serta bertambah baik untuk kembali ber’siuuu’ di atas padang.

Sumber:
Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN