Gareth Southgate: Tempat Dele Alli Dalam Kesebelasan Utama England Masih Belum Terjamin

Dele Alli

Gareth Southgate menegaskan bahawa tiada jaminan buat pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli bagi mengisi kesebelasan utama skuad kebangsaan England dalam kempen Piala Dunia 2018 di Russia pada Jun nanti.

Pada dua perlawanan persahabatan terakhir, Alli diturunkan pada minit ke-68 sewaktu England menang 1-0 keatas Belanda manakala pemain berusia 21 tahun itu tidak diturunkan pada perlawanan menentang Itali.

Alli pantas meletakkan dirinya sebagai antara calon pilihan utama untuk menggalas tanggungjawab besar buat skuad England walaupun pada usia yang muda.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – MARCH 23: Dele Alli of England in action during the International Friendly match between Netherlands and England at Amsterdam ArenA also called the Johan Cruyff Arena on March 23, 2018 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Namun, bagi Southgate, beliau sudah pasti pening memikirkan barisan pemain untuk membarisi skuadnya terutama di posisi tengah dalam saingan Piala Dunia nanti.

”Saya menghadapi masalah kerana saya mempunyai Marcus Rashford, Jesse Lingard, Raheem Sterling, Harry Kane, Alex Oxlade-Chamberlain dan Jamie Vardy, jadi mereka merupakan pilihan utama,” jelas Southgate.

”Saya tidak mahu melihat senario di mana pemain-pemain ini tidak dapat ke Russia tetapi saya perlu membuat keputusan tersebut.”

”Ianya tidak ada alasan mengapa dia (Dele Alli) untuk tidak turut serta bersama pasukan dan dia mampu untuk memberikan impak yang besar buat kami disana.”

”Dia mempunyai keupayaan dan saya tidak sabar untuk melihatnya beberapa minggu lagi.”

England telah diundi bersama-sama Belgium, Tunisia dan Panama dalam kumpulan G. Skuad ‘The Three Lions’ itu akan memulakan saingan bertemu Tunisia pada 18 Jun di Volgograd Arena.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN