Gareth Southgate Sedia Tawar Peluang Untuk Ashley Young Ke Piala Dunia

Gareth Southgate dikatakan sedia menawarkan peluang untuk Ashley Young membuktikan keupayaan bersama skuad England selepas prestasi cemerlang pemain tersebut bersama Manchester United baru-baru ini.

Pengurus England itu akan mengumumkan senarai penuh skuad England untuk dua perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Itali, dan nama Young dijangka akan turut tersenarai.

(Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

Pemain veteran berusia 32 tahun itu mempunyai peluang besar untuk tersenarai ke dalam skuad Piala Dunia The Three Lions selepas beberapa siri aksi konsisten serta meyakinkan di posisi bek kiri Manchester United.

Terbaru, Ashley Young menunjukkan kualiti beliau ketika membantu Manchester United menewaskan Liverpool 2-1 pada Sabtu lalu.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Ketika menentang Liverpool aksi cemerlang Young menyaksikan beliau berjaya merantai gerakan bintang Mesir dan penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah sepanjang perlawanan.

Gareth Southgate is set to reward Ashley Young for his recent good form by calling the Manchester United full back up to the England squad on Thursday.

England football manager Gareth Southgate (R) shakes hands with someone in the crowd next to former Liverpool manager Kenny Dalglish (C) during the English Premier League football match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford in Manchester, north west England, on March 10, 2018. / AFP PHOTO / Oli SCARFF / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Dalam perlawanan menentang Belanda dan Itali nanti, cabaran buat Young ialah untuk membuktikan dirinya masih mampu memikul peranan sebagai bek sayap di dalam sistem 3-5-2 atau 3-4-3 yang sering digunakan oleh Southgate.

England akan berkunjung ke Amsterdam pada 23 Mac akan datang untuk perlawanan menentang Belanda, sebelum menanti kunjungan Itali di Wembley empat hari kemudian.

England’s defender Ryan Bertrand (L) and also defender Danny Rose (R) leave the team’s hotel in Chantilly, on June 9, 2016 ahead of the Euro 2016 football tournament. / AFP / PAUL ELLIS (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Antara saingan buat Young untuk posisi tersebut ialah pemain Tottenham Hotspur, Danny Rose dan juga permainan pertahanan Southampton, Ryan Bertrand.

Namun demikian, Rose hanya beraksi sebanyak 6 kali untuk Spurs musim ini dan Bertrand bergelut dengan masalah prestasi bersama Southampton.

Kali terakhir Ashley Young menyarung jersi England ialah pada September 2013 dalam perlawanan menentang Ukraine ketika aksi kelayakkan Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN