Walaupun gagal membantu West Ham United memperolehi sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan awal Liga Perdana Inggeris, Joe Hart masih menjadi pilihan pengurus England, Gareth Southgate untuk disenaraikan sebagai penjaga gol utama pasukan The Three Lions menentang Malta dalam saingan Kelayakan Pial Dunia 2018 kumpulan F pagi esok.
Hart telah dibolosi 10 jaringan pada 3 perlawanan tersebut, namun disifatkan sebagai bukan semua jaringan yang dilepaskan atas kesalahan dari beliau.
Keadaan itu menyebabkan tempat Hart dalam pasukan England mendapat tekanan kuat dari Jordan Pickford, Jack Butland dan Fraser Forster.
Southgate tidak mendedahkan mengenai sebarang pilihan pasukannya menjelang aksi di Stadium Nasional Ta’Qali nanti tetapi pengurus itu mengesahkan kedudukan buat penjaga gol berpengalaman itu sudah terjamin.
“Joe (Hart) akan bermula untuk kami, saya fikir dia adalah penjaga gol terbaik buat masa ini,” kata Southgate.
”Saya mahu melihat bagaimana dia akan bertindak balas kerana mempunyai permulaan yang sukar untuk musim ini bersama kelab barunya tetapi saya gembira dia mempunyai mood yang bagus. Joe telah terlatih dengan baik.
“Persembahannya sejak saya menjadi pengurus sangat bagus, dia hanya melepaskan dua gol ketika aksi di Scotland dalam kempen kelayakan ini.”
Sebagai rekod, Joe Hart beraksi kesemua 6 perlawanan setakat ini buat England dalam saingan kelayakan dan hanya dibolosi 2 gol ketika bertemu Scotland pada bulan Jun lalu di Hampden Park.
Sumber :
Football.London (2017) – http://www.football.london/west-ham-united-fc/players/west-ham-stopper-england-number-13557636