Gareth Southgate Paling Layak Isi Posisi Jurulatih Utama Malaysia

Nama Gareth Southgate secara tiba-tiba menjadi bualan ramai dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan untuk menjadi pengendali baharu skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Apa tidaknya, pengendali England itu membuat keputusan seperti dilakukan oleh bekas jurulatih Harimau Malaya sebelum ini, Kim Pan-gon yang turut melepaskan jawatan tersebut pada hari sama.

Kim terdahulu membuat keputusan mengejutkan ramai peminat bola sepak Malaysia apabila dirinya melepaskan jawatan selaku pengendali skuad kebangsaan.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengendali dari Korea Selatan itu tidak menyatakan sebab beliau melepaskan jawatan itu sambil memohon maaf kepada semua.

“Hari ini (semalam), saya ada cerita sedih ingin meminta maaf untuk berkongsikan mesej kepada anda semua.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk mengundurkan diri selaku Ketua Jurulatih untuk pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi.

“Saya minta maaf jika keputusan dilakukan saya ini bakal membuatkan anda semua berasa kecewa,” ulas Kim pada sesi sidang media menerusi perkongsian FAM.

Untuk ketika ini, Pau Marti yang bertindak selaku pembantu Kim sebelum itu dilantik sebagai pemangku jurulatih utama buat Harimau Malaya.

Namun, beberapa persoalan timbul mengenai usaha FAM selepas ini untuk mendapatkan calon jurulatih baharu buat pasukan kebangsaan sehingga beberapa nama turut disebut.

Antara paling popular pastinya terarah kepada Southgate yang berjaya membawa England ke final Euro 2024 sebelum pasukan itu disingkirkan oleh Sepanyol beberapa hari lalu.

Southgate secara rasminya semalam telah pun melepaskan jawatannya selaku pengendali utama England setelah sekian lama menguruskan pasukan kebangsaan tersebut.

Melihat kepada situasi semasa, ianya agak mustahil buat FAM untuk mendapatkan Southgate atas beberapa situasi terutama sekali membabitkan kewangan untuk membayar khidmat pengendali berkenaan.

Selain Southgate, beberapa nama lain turut disebut iaitu Nidzam Jamil yang kini merupakan jurulatih utama Selangor, Tan Cheng Hoe, serta bekas pengendali berpengalaman Vietnam, Park Hang-seo.

Pandangan anda siapa paling layak untuk mengendalikan skuad kebangsaan selepas ini? Adakah Pau Martin akan terus kekal selaku pengendali utama Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN