Hanya dua minggu selepas mengumumkan persaraan daripada bola sepak, bekas bintang Real Madrid, Gareth Bale mengumumkan akan menyertai kejohanan gol Jelajah PGA pada awal Februri nanti di California, Amerika Syarikat.
Pemain terbaik sepanjang zaman skuad kebangsaan Wales itu bukanlah asing dalam sukan golf. Beliau beberapa kali terpalit dengan kontroversi bermain golf semasa bersama kelab.
Berikut adalah 5 bintang bola sepak yang menceburi sukan lain.
Petr Cech – Hoki Ais
Diiktiraf sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL), Petr Cech telah bersara sepenuhnya daripada bola sepak selepas berakhirnya musim 2018/19.
Ia tidak mengambil masa yang lama untuk beliau ‘melompat’ ke sukan lain apabila menyertai Liga Hoki Ais Kebangsaan bersama pasukan Guildford Phoenix, juga sebagai penjaga gol.
Saved two shots to win the shootout.
Picked up the Man Of The Match award.
Had Chelsea and Arsenal badges on his helmet.Petr Cech's first ice hockey game was 🔥 pic.twitter.com/4ZJNSIeNm1
— ESPN FC (@ESPNFC) October 13, 2019
“Selepas 20 tahun dalam bola sepak profesional, ini akan menjadi pengalaman yang cukup indah buat saya untuk bermain dalam sukan yang saya cukup sukan menonton dan bermain sejak saya kecil,” kata Cech.
Paolo Maldini – Tenis.
Nama Paolo Maldini akan terus dikenang sebagai benteng terbaik AC Milan dan Itali bagi era 90-an. Tetapi siapa sangka beliau juga cukup berbakat dalam sukan tenis.
Pada 2017, Maldini layak untuk kejohanan tenis profesional – Piala Aspria – yang berlangsung di Milan. Pasangan beregunya, Stefano Landonio mengatakan “Maldini hampir tiada kelemahan.”
Paolo Maldini in action during his first professional tennis match.
A baptism of fire. 🎾 pic.twitter.com/sH95B7sDIv
— Squawka Live (@Squawka_Live) June 27, 2017
Malangnya beliau tewas di pusingan pertama secara ‘straight set‘.
Gabriel Batistuta – Polo
Pemegang gelaran Batigol ini merupakan ikon Serie A selepas melalui fasa gemilang bersama Fiorentina dan AS Roma.
Batistuta menamatkan kariernya dengan kecederaan sehingga beliau melalui saat sukar berdepan depresi yang sangat serius.
Namun ia tidak menghalangnya untuk menceburi sukan polo pada 2009 dan menjaringkan dua gol dalam debut profesionalnya.
Gabriel Batistuta playing polo on a horse pic.twitter.com/URW1oRLcoX
— Footballers with animals (@ftbllrswanimals) January 27, 2018
“Ia agak sukar, tetapi saya harap dapat terus meningkatkan kemahiran saya dalam sedikit masa lagi. Saya agak kecewa kerana merasakan masih tidak bermain dengan baik,” ulas Batistuta mengenai penampilan pertamanya.
Tim Wiese – Gusti WWE
Daripada seorang penjaga gol profesional di Bundesliga sehingga pernah beraksi untuk skuad kebangsaan Jerman, Tim Wiese telah menukar kerjayanya kepada sukan gusti.
Beliau membuat debut dalam WWE pada 2016, namun tidak kekal lama apabila meninggalkan rancangan hiburan tersebut setahun kemudian.
Tim Wiese joined the WWE following his retirement from football and marked his debut appearance in the ring with a victory alongside partners Cesaro and Sheamus.
A shame he isn't performing at this weekend's WrestleMania. 😉 pic.twitter.com/CWexKSt3m1
— Squawka (@Squawka) April 3, 2020
Wiese kemudian kembali bermain bola sepak dengan beraksi dalam liga divisyen ke-8 Jerman bersama kelab SSV Dillingen, namun hanya bermain satu perlawanan sahaja.
Jerzy Dudek – Permotoran
Penjaga gol Poland ini akan sentiasa dikenang di atas ‘tariannya’ di Istanbul pada 2005 yang memberikan mahkota Eropah buat Liverpool.
Apa yang menarik, Jerzy Dudek memilih sukan permotoran sebagai minat baharunya sebaik sahaja beliau menggantung but.
At the #24hBCN also takes parts former @LFC and @realmadrid Jerzy Dudek (MHM Motorsport)! Witamy! #24hSERIES pic.twitter.com/Fb9IWigC5j
— Circuit de Barcelona-Catalunya (@Circuitcat_eng) September 2, 2016
“Perlumbaan sukan permotoran sememangnya minat saya sebelum bola sepak. Saya cukup suka berluma go-kar tetapi saya terpaksa berhenti apabila menjadi pemain bola sepak profesional,” ujarnya dalam satu temubual bersama LFC TV.
“Sebaik sahaja saya berhenti dari bola sepak, saya rindukan adrenalin yang pernah saya rasai. Tetapi kamu perlukan minat yang mendalam untuk kamu teruskan. Perlumbaan motor memberikan saya kegembiraan dan saya sangat sukakannya.”