Masa depan bintang Real Madrid dan Wales, Gareth Bale sentiasa menjadi topik perbincangan ramai.
Terbaru pemain berusia 30 tahun itu mengarahkan Real Madrid untuk melakukan pendedahan rekod laporan perubatan beliau.
Bale sentiasa dikritik oleh penyokong Los Blancos dan dianggap sebagai pemain yang sering mengalami masalah kecederaan sepanjang tempoh di Santiago Bernabeu.
Sehingga kini Bale telah terlepas aksi dua perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dan La Liga selepas kecederaan terbaru yang menimpanya bersama pasukan kebangsaan.
Untuk menghalang Real Madrid mendedahkan mengenai status kecederaan, pemain tersebut menggunakan peraturan dan perundangan di Sepanyol berhubung kerahsiaan data peribadi.
Gareth Bale has instructed Real Madrid not to release a statement on his latest injury. pic.twitter.com/CIF53rl7gj
— ESPN UK (@ESPNUK) October 28, 2019
Pada musim panas lalu Bale hampir berhijrah ke China selepas konflik diantara beliau dan pengendali pasukan, Zinedine Zidane. Namun demikian, perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan pada minit terakhir jendela perpindahan.
Bercakap kepada ESPN FC, ejen kepada bekas pemain Tottenham Hotspur itu, Jonathan Barnet berkara ia bukan perkara luar biasa untuk tidak membenarkan sebarang laporan perubatan pemain tersebut dari didedahkan.
“Laporan perubatan adalah rahsia, Jika laporan perubatan setiap orang adalah rahsia, mengapa milik Gareth [Bale] harus diketahui umum?,” soal beliau.
Kali terakhir Real Madrid memuat naik status kecederaan dan laporan perubatan Bale adalah pada September 2017. Sumber dari kelab berkata terdapat permintaan untuk tidak melakukan sebarang pendedahan selepa itu setelah ianya mendapat pandangan kritikal dari ramai pihak.
Real Madrid face Leganes on Wednesday
So why is Gareth Bale in London? ?
?
More: https://t.co/UgSjBktkyO pic.twitter.com/n7gkFxmpY6
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) October 28, 2019
Laporan dalaman juga turut mengandungi “rasa tidak senang” akan kekerapan pemain itu tidak dapat diturunkan dalam perlawanan akibat kecederaan – yang membawa maksud Bale tidak dapat membendung kesakitan.
Pemain itu dilaporkan berada di London pada awal minggu ini selepas mendapat kebenaran dari pihak kelab – namun tidak didedahkan sebab-sebab kunjungan tersebut.
Bale turut dikaitkan untuk kembali menyertai kelab Liga Perdana Inggeris selepas beraksi bersama Tottenham diantara musim 2007 sehingga 2013.