Gara-Gara Tweet Belanja Burger, Pengerusi Kelab Diberi Amaran

Kadangkala sikap murah hati boleh memakan diri walaupun niat ialah untuk memberi semangat kepada pasukan.

Itulah perkara yang dialami oleh pemilik kelab Accrington Stanley. Accrington Stanley kini berada di tangga pertama saingan EFL League Two.

Beliau telah mengaku secara terbuka memberikan £200 kepada pemain untuk dibelanjakan selepas perlawanan. Biasanya mereka mendapatkan burger McDonald untuk selepas perlawanan.

Kantoi

Ini bermula apabila Andy Holt, pemilik kelab itu menghebahkan perkara sedemikian di laman Twitter miliknya. Namun, ada yang mengatakan tweet itu sebenarnya berunsur jenaka April Fool.

Memang ada kebenaran kerana tweet itu sendiri bertarikh pada 1 April.

Tetapi, ia memakan diri apabila pihak pengurusan English Football League (EFL) meminta penjelasan daripada Andy Holt sendiri. Beliau mengetahui perkara tersebut setelah menerima sepucuk surat daripada EFL.

Andy terpaksa menjelaskan dan mempertahankan tindakan tersebut.

Peraturan EFL

EFL memaklumkan sebarang insentif dalaman kepada pasukan selepas perlawanan mestilah diisytiharkan sebelum bermulanya sesebuah musim. Ini termasuklah wang membeli burger.

Jika kelab ingin mengubahsuai sebarang cadangan bonus yang ingin diberikan, mereka dimestikan untuk memaklumkan kepada EFL terlebih dahulu.

Ini termasuk mereka bercadang menukar tempat membeli burger dari McDonald ke KFC (atau syarikat makanan segera lain!).

Ketegasan EFL ada asasnya, ini bagi mengelakkan perlawanan di bawah seliaan mereka sentiasa bersih dan berintegriti. EFL sebenarnya telah mewajibkan setiap kelab yang bertanding mesti konsisten memberikan bonus kepada pemain tanpa mengira sebarang keputusan perlawanan.

Tindakan

Setelah Andy Holt memberikan hujah untuk mempertahankan tindakannya, EFL telah memberikan satu keputusan mudah.

Menang atau kalah, Andy Holt mesti membeli burger daripada McDonald! Apatah lagi perlawanan berkeputusan seri.

Ini kerana EFL telah mendapati bonus diperkenalkan Andy kepada pemain kelabnya tidak mempengaruhi sebarang keputusan perlawanan. Agaknya, berapa ramai pemain Accrington Stanley yang sukakan burger McDonald?

Tindakan EFL ini menunjukkan betapa seriusnya mereka ingin wujudkan suasana liga yang bersih dan kurang kontroversi. Selain itu, pengerusi kelab diingatkan jangan terlepas cakap di laman sosial.

Kalau tidak merana nanti!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN