Jose Mourinho kini dalam siasatan oleh Football Association (FA). Ini selepas satu klip video beliau sedang mencarut dalam bahsa Portugis telah sampai ke perhatian FA.
Insiden itu berlaku ketika Man. United melakukan kebangkitan menang 3-2 ke atas Newcaste United. Satu rakaman televisyen merakam aksi pengurus itu.
Mourinho mungkin lepas geram selepas sepanjang minggu berhadapan pelbagai kritikan. Selepas tamat perlawanan beliau ada menyindir yang dia berhadapan dengan ‘pemburu’ dan juga dunia penuh kejahatan.
"This is not about me or the players…this is about the club."
"I am 55 years old and this is the first man hunt I have seen in football." 👀
"If it rains in London it is my fault. A bad Brexit deal is my fault."
A FASCINATING Jose Mourinho interview with @DesKellyBTS… pic.twitter.com/bkJj8Yddod
— Football on TNT Sports (@footballontnt) October 6, 2018
Man. United ketinggalan awal pada separuh masa pertama. Namun kebangkitan mereka bermula dengan gol Mata, diikuti gol Martial dan Alexis Sanchez.
Berbalik kepada insiden carutan itu, beberapa tahun lalu Wayne Rooney pernah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang sama oleh FA.
FA mengetatkan isu kelakuan ini kerana EPL disaksikan di seluruh dunia dan semua lapisan masyarakat daripada peringkat umur.
Tetapi terdapat banyak perdebatan ke atas isu ini kerana ramai pemain yang mencarut di dalam padang terutama sekali ketika membantah keputusan pengadil.
Ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika kecewa.
Walaubagaimanapun FA tetap akan menjalankan siasatan. Dan jika Mourinho didapati bersalah, dia akan dikenakan tindakan serta merta.
So Mourinho said “Tomar no seu cu filho da puta” twice to the camera when walking off the pitch yesterday if you don’t know the Portuguese language it translates to “take your ass mother f#cker” #veryclassy
— A Wessex Blue (@TheWessexBlues) October 7, 2018
FA sebelum ini juga pernah menggunakan khidmat jurubahasa Portugis untuk menyiasat sama ada Mourinho ada menggunakan stereotaip berbentuk sexism dan feminism ketika insiden denan Eva Caneiro.
Buat masa ini, saingan liga berehat untuk minggu antarabangsa yang turut ada pertandingan Liga Negara-Negara Eropah.