Gara-Gara Gaji Besar Ronaldo, Man United Catat Hutang Terbesar

Ronaldo Manchester United UEL

Gaji Cristiano Ronaldo di Manchester United telah menjadikan kelab itu kini menanggung hutang yang cukup tinggi.

Hal ini kerana, gaji pemain itu sahaja telah menyumbang kepada peningkatakan hampir 20% dalam bil gaji (wage bill) United.

Sebelum ini, bil gaji United hanyalah £61.6 juta (RM306 juta) dan telah meningkat kepada £384.2 juta (RM1.9 bilion) selepas kemasukan Ronaldo, Raphael Varane dan beberapa nama lain lagi.

Ia telah menjadikan United kini pasukan dengan bayaran gaji paling tinggi dalam sejarah Premier League. Mereka melepasi rekod yang dilakukan Manchester City sebelum ini iaitu £355 juta (RM1.76 bilion).

Gaji Ronaldo dicatatkan berada pada sekitar £500 ribu (RM2.4 juta) dengan beliau serta David De Gea antara pemain yang paling mahal gajinya di United.

Peningkatan bil gaji ini turut menjadikan hutang United turut meningkat sekitar 20% apabila pada 2021, mereka mencatatkan hutang sebanyak £419.5 juta (RM2.08 bilion).

Isnya meningkat pada tahun ini menjadi £514.9 juta (RM2.55 bilion).

Perbelanjaan besar yang dilakukan oleh United dalam mendapatkan pemain-pemain seperti Anthony, Tyrell Malacia, Lisandro Martinez serta Casemiro telah membuatkan mengapa perkara ini berlaku.

Lebih perit, prestasi hambar musim lepas yang menyaksikan United terlepas aksi bola sepak UEFA Champions League turut memberikan kesan kepada kantung kelab itu.

Apa yang berlaku ini memberikan gambaran kepada penyokong yang United pada masa akan datang tidak akan berbelanja besar lagi.

“kami akan sentiasa menyokong Erik ten Hag untuk memastikan yang beliau ada pemain yang tepat kualitinya dan sikap untuk menjulang kejayaan.

“Sambil itu, kita juga perlu memastikan pelaburan kekal konsisten dengan komitmen kami untuk melestarikan kewangan [kelab],” kata pengarah United, John Murtough.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN