Ganjaran Menarik Nanti Pemain Perak Jika Muncul Juara Piala FA

Ganjaran menarik bakal menanti barisan pemain Perak The Bos Gaurus jika mereka berjaya menewaskan Kedah di perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA semalam.

Ahmad Faizal yang juga merupakan Menteri Besar Perak tidak mendedahkan bentuk ganjaran yang akan diterima sekiranya pemain berjaya memastikan Perak TBG muncul juara, namun beliau menyifatkan ia sebagai satu bentuk penghargaan kepada pemain atas usaha mereka.

Dalam perkembangan lain Ahmad Faizal berkata beberapa kelab Perak dan Kedah telah menyatakan persetujuan untuk berkonvoi dari Stadium Perak di Ipoh, menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan tersebut.

Inisiatif itu adalah usahasama kedua-dua penyokong pasukan sebagai lambang perpaduan diantara penyokong kedua-dua pasukan negeri.

Ahmad Faizal juga mengesahkan 10 skrin gergasi di beberapa lokasi di seluruh negeri Perak turut akan disediakan bagi membenarkan mereka yang tidak berkesempatan turun ke stadium untuk turut sama menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Ketika menjawab soalan wartawan mengenai kaedah penjualan tiket, Ahmad Faizal berjata setiap penyokong hanya dibenarkan membeli dua keping tiket bermula pada 23 Julai ini.

TIKET FINAL PIALA FA 2019

Penjualan tiket untuk perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 buat para penyokong The Bos…

Posted by Perak TBG on Saturday, July 13, 2019

Manakala pemegang kad bermusim PAFA dan penyokong yang hadir ke stadium pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Perak pada 29 Jun lalu, dibenarkan untuk membeli sekeping tiket seorang.

“Kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat pemantauan di kesemua tempat penjualan tiket,” katanya.

Beberapa hari lalu, PAFA mengmumkan akan menjual 15,000 keping tiket dewasa dan 750 keping tiket kanak-kanak di kaunter Stadium Perak.

12,000 lagi keping tiket pula diedar dan dijual di tujuh kawasan lain di negeri berkenaan mulai jam 10.30 pagi sehingga pukul 3.30 petang pada 22 Julai hadapan.

Baki 3,000 keping tiket lagi akan diberikan kepada pihak penaja PAFA dan jabatan-jabatan kerajaan negeri.

Perak
FOTO: Perak TBG

Sekiranya terdapat tiket yang yang tidak habis dijual di tujuh kawasan lokasi lain, maka tiket-tiket tersebut akan dijual di kaunter Stadium Perak pada keesokan harinya (24 Julai).

Selain daripada di kaunter tiket, Stadium Perak di Ipoh, tujuh lokasi lain untuk penjualan tiket ialah di Stadium Sintetik Parit Buntar, Kerian; Pejabat Kemas Kampung Gajah, kaunter pandu lalu pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan; pejabat daerah Tanjung Malim, pejabat daerah dan tanah Lenggong, Dewan Jubilee Perak, Kuala Kangsar dan Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Tiket untuk perlawanan akhir ini boleh didapati dengan harga RM50 sekeping untuk dewasa, manakala tiket kanak-kanak bawah 12 tahun berharga RM5 sekeping.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN