Gangguan Di Hotel Berhantu ‘Alasan’ Terbaik Police Tero Selepas Tewas?

Police Tero Hotel Berhantu 'alasan' kalah ke

Gangguan hantu di hotel penginapan mungkin ‘alasan’ terbaik kegagalan Police Tero FC meraih tiga mata apabila tewas kepada Sukhothai FC.

Police Tero tewas 0-1 kepada Sukhothai yang baru meraih promosi ke saingan utama Thai League 1 dalam aksi yang berlangsung semalam. Gangguan hantu tersebut dikatakan telah berlaku pada sebelah malam sebelum perlawanan pada hari esoknya. Benarkah dakwaan tersebut?

Berdasarkan perkongsian oleh Thai League Central di Twitter, sekurang-kurangnya sehingga tujuh pemain Police Tero dilihat terpaksa tidur secara berhimpit di sebuah bilik selepas dikatakan mengalami gangguan hantu.

Sukhothai merupakan pasukan yang baru meraih promosi ke saingan utama Thai League tetapi mempamerkan prestasi yang baik. Malah kemenangan semalam mengukuhkan kedudukan di tangga ke-10 liga.

Walaupun beraksi kekurangan seorang pemain apabila penyerang, Sarawut Thorarit dilayangkan kad merah sebelum setengah jam aksi berlangsung, Sukhothai tetap berjaya meledak gol seterusnya meraih tiga mata berharga.

Adakah gangguan itu benar-benar berlaku? Semua mungkin tahu, Sukhothai merupakan daerah tertua yang terletak di sebelah utara Thailand. Sukhothai juga wilayah pertama di mana Kerajaan Siam pertama menapak pada abad ke-13 untuk tempoh masa dikatakan kurang lebih selama 200 tahun.

Banyak runtuhan kuil masih boleh ditemui di sana. Pihak UNESCO juga telah mengisytiharkan Sukhothai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia.

Menurut perkongsian Thai League Central, “Beberapa pemain Police Tero memilih untuk tidur di bilik yang sama di sebuah hotel di Sukhothai pada malam tadi. Sebabnya? Kerana ia [hotel tersebut] berhantu.

Sebagai daerah tertua di Thailand dan memiliki banyak runtuhan kuil lama, mungkin ada benarnya tentang khabar gangguan hantu di hotel tersebut.

Malah, salah satu media di sana yang berkongsi ciapan tersebut turut mendakwa kejadian yang sama turut menimpa pasukan lain sebelum ini.

Ciap Tactic Times di Twitter, “Saya tidak boleh dedahkan pasukan mana, tetapi sebuah pasukan dari Pathum Thani juga telah mengelak semahunya untuk menginap di hotel tersebut atas sebab-sebab yang sama.

Namun, melihatkan gambar yang dikongsikan oleh Thai League Central, ia seolah-oleh tidak menggambar situasi menakutkan yang sedang dialami.

Riak wajah pemain-pemain Police Tero yang berhimpit itu seolah-olah sedang gembira atau sebenarnya mereka sedang tawa dalam tangisan?

Jika benar, maka ia bukanlah ‘alasan’ atas kekalahan Police Tero kepada Sukhothai, semalam. Mungkin sudah banyak ‘kisah’ di hotel tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN