Gandingan Sempurna Bruno, Pogba Kunci Manchester United Buka Pintu Kejuaraan EPL

Paul Pogba Bruno Fernandes Manchester United
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Soslkjaer memberikan pujian terhadap dua pemain tengahnya Bruno Fernandes dan Paul Pogba yang membentuk gandingan sempurna ketika pasukannya membelasah Leeds United dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Fernandes mencatat hatrik pertamanya bersama The Red Devils, sementara Pogba pula merekodkan empat bantuan jaringan untuk melangkapkan permulaan sempurna United musim ini.

Ia sekaligus memberikan keyakinan kepada United dalam misi untuk kembali meraih kejuaraan EPL pertama mereka sejak 2013.

Menurut Solskjaer, aura 75,000 penyokong yang kembali memenuhi Old Trafford telah menjadikan pasukannya ‘Manchester United sebenar’ yang penuh dengan ‘elektrik’ dan magis.

Bercakap mengenai Fernandes, pengurus warga Norway itu memuji Fernandes yang mempunyai keyakinan serta mengambil risiko dengan peranan baharu sebagai penyerang jadian dan melepaskan Pogba untuk bergerak lebih bebas di atas padang bagi mencipta gerakan-gerakan gol.

Dengan aksi mantap Pogba, ia diharapkan dapat mengurangkan spekulasi perpindahan keluarnya dari Old Trafford dan mengembalikan fokusnya untuk membantu pasukan mencipta kejayaan pada musim ini.

“Saya sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Paul [Pogba] sejak dia masih kecil lagi. Jadi hari ini kami memberinya kebebasan untuk berkeliaran di mana sahaja dia mahukannya untuk dapatkan bola,” ujar Solskjaer dalam sidang media selepas perlawanan.

“Semua pemain terbaik mahu diberikan kepercayaan dan kepercayaan kepada mereka dan Paul adalah salah seorang daripadanya.

“Mereka ini mampu mencipta momen-momen penting secara tiba-tiba. Dia sangat luar biasa dan saya kagum dengan kecergasannya, jadi ia satu petanda yang baik.”

Sebelum perlawanan bermula, United turut mengambil kesempatan memperkenalkan Raphael Varane sebagai pemain baharu di samping memberikan debut buat Jadon Sancho yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Bagi Solskjaer, adalah penting untuk memastikan pasukannya mempunyai pilihan pemain yang berkualiti di bangku simpanan agar semua pemain berusaha untuk menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Kami telah melakukannya tugas yang baik dalam jendela musim panas ini. Hari ini Raphael [Varane] juga sudah muncul dan ia menyemarakkan lagi semangat penyokong dan pemain, jadi anda pasti gembira,” ujar Solskjaer.

“Masih ada perlawanan lagi selepas ini jadi ini adalah satu permulaan yang baik. Ini adalah cara yang saya ingin lihat pasukan saya beraksi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN