Gandingan Berbisa Arif Aiman & Faisal Halim Pastikan Malaysia Mudah Atasi India

Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir bagi saingan Pestabola Merdeka, selepas skuad kendalian Kim Pan-gon tidak menghadapi begitu banyak masalah mengatasi India menerusi kemenangan 4-2.

Empat jaringan Malaysia terhasil menerusi Dion Cools, Arif Aiman, Faisal Halim, serta Corbin Ong untuk memastikan skuad negara meneruskan momentum positif mereka di pentas antarabangsa.

Apa yang lebih mengujakan, gandingan Arif Aiman dan Faisal Halim pada perlawanan tersebut jelas begitu mencuri tumpuan selepas kelincahan mereka berjaya menghuru-harakan pertahanan India.

Awal perlawanan menyaksikan India hampir membuka jaringan pertama mereka menerusi satu rembatan deras pelawat di atas garisan penalti sebelum ianya terkena palang serta diselamatkan terus Ahmad Syihan Hazmi.

Tersentak dengan percubaan tersebut, Malaysia cuba memberi tekanan pula kepada India menerusi siri serangan balas pantas yang dicetuskan oleh Arif Aiman serta Corbin Ong.

Dion Cools Akhirnya membuka akaun jaringan buat Harimau Malaya pada minit ke-7 menerusi situasi kelam kabut di dalam penalti lawan hasil sepakan sudut yang pada mulanya diambil oleh Endrick dos Santos.

Sepakan pertahanan kental itu jelas begitu kencang dan menyukarkan Gurpeet Singh untuk menepis keluar dan memberi keceriaan buat para penyokong setia Malaysia di SNBJ.

Minit ke-12, giliran India pula mendapat jaringan penyamaan menerusi satu siri serangan balas pantas mereka yang disudahkan dengan baik oleh Mahesh Naorem.

Malaysia mendapat peluang sepakan penalti, selepas penyerang berbisa negara iaitu Darren Lok dikasari pemain lawan dan tindakan itu dikesan oleh pengadil perlawanan.

Sepakan tersebut mudah disempurnakan oleh Arif Aiman Hanapi pada minit ke-19 selepas pemain muda tersebut melepaskan satu rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol kebangsaan India.

Malaysia sekali lagi hampir meledak gol ketiga pada minit ke-29, sebelum tolakan Arif Aiman sedikit kuat untuk disambut Faisal Halim dan memberi kelegaan seketika buat pasukan pelawat.

Faisal Halim akhirnya menambah derita buat India, selepas penyerang berbisa ini mudah menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-41 untuk memastikan Malaysia terus selesa di hadapan.

India kembali merapatkan jurang menerusi penyerang sensasi mereka iaitu Sunil Chhetri yang bijak menyudahkan peluang terhidang selepas ada kesilapan dibuat pertahanan negara pada minit ke-51.

Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-56, sebelum ianya dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana bola percubaan India dikatakan tidak melepasi garisan gol.

Corbin Ong kembali memberi keceriaan buat penyokong Harimau Malaya, menerusi gol keempat yang diledak pada minit ke-60 selepas menerima umpanan cantik daripada Faisal Halim di sebelah kanan.

Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan 4-2 berpihak kepada Malaysia untuk melayakkan diri ke final selepas mereka mengetepikan cabaran India dan bakal membuat perhitungan seterusnya bertemu Tajikistan.

Kesebelasan Utama

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (Penjaga gol), Matthew Thomas Davies (Kapten), Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Faisal Bin Abdul Halim, Darren Yee Deng Lok, Arif Aiman Bin Mohd Hanapi, Endrick dos Santos Parafita, Nooa Hamzah Lane Hamzah Lane, Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid, Dion Johan Chai Cools, Corbin Ong La’vere Lawrence

India: Gurpeet Singh Sandhu (Penjaga gol), Sandesh Jhingan, Akash Mishra, Suresh Singh Wangjam, Sunil Chhetri (Kapten), Lallianzuala Chhangte, Sahal Abdul Samad, Rohit Kumar, Mahesh Singh Naorem, Nikhil Chandrashekhar Poojary, Mehtab Singh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN